Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Tindak balas pandemik harus dipelajari, kekal komited perjuangkan SG

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



SEDANG Singapura menuju ke arah keadaan normal dengan kebanyakan sekatan bagi mengawal penularan Covid-19 dilonggarkan atau ditiadakan, sudah tiba masanya untuk memikirkan semula tentang penjagaan kesihatan pascapandemik, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dalam ucapannya di upacara konvokesyen Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau berkata negara ini mesti belajar pengajaran daripada tindak balas pandemiknya sambil kekal komited kepada visi memperjuangkan negara yang sihat, di mana warga dapat hidup dengan baik.



"Inilah sebabnya kami membuat dorongan nasional pada Healthier SG (atau SG Lebih Sihat) untuk membantu semua warga Singapura mengambil langkah ke arah kesihatan yang lebih baik, dan menempatkan penjagaan dan sokongan untuk warga Singapura dalam masyarakat mereka, dan berdekatan dengan rumah," kata Encik Masagos.



Majlis semalam diadakan di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) dan menyaksikan penyampaian ijazah kepada 280 siswazah perubatan.



Beliau berkata, sebagai doktor, siswazah di upacara konvokesyen semalam berada di tengah-tengah gerakan Healthier SG.



Ramai dalam kalangan mereka akan menjadi titik perhubungan pertama bagi warga Singapura.



Selain memberi ubat dan nasihat perubatan, mereka bertanggungjawab menyokong pesakit dalam membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat.



"Sentuhan peribadi anda dengan pesakit anda akan menjadi lebih penting sekarang berbanding sebelumnya," kata beliau.



Encik Masagos juga menekankan bahawa doktor mesti dilengkapi dengan kemahiran dan kecekapan untuk berkhidmat kepada keperluan penduduk dengan lebih baik.



Beliau berkata Kementerian Kesihatan sedang giat memperhalusi standard latihan dan menyemak kurikulum untuk memastikan ia berkembang mengikut perubahan masa supaya latihan kekal relevan.



Perubatan keluarga juga akan lebih menonjol dalam kurikulum di sekolah-sekolah perubatan di sini dan latihan possiswazah dalam perubatan keluarga juga akan diperkukuh.



"Saya menggalak siswazah baru untuk terlebih dahulu mempunyai pendedahan luas dalam bidang perubatan supaya anda boleh memperoleh keyakinan untuk menilai dan menjaga keperluan perubatan, psikologi, sosial dan budaya pesakit," kata Encik Masagos.



"Walaupun repertoir kemahiran klinikal anda adalah penting, kemahiran profesional anda seperti komunikasi, kerja berpasukan dan empati adalah sama penting.



"Akhirnya, pesakit anda mungkin lupa preskripsi yang telah anda berikan kepada mereka, tetapi mereka akan sentiasa mengingati penjagaan penuh perhatian, kemesraan dan sokongan emosi anda," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >