Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos umum peranan pemimpin politik Melayu terajui pertubuhan masyarakat

Sep 15, 2020 | 11:24 PM



PEMEGANG jawatan politik Melayu akan memainkan peranan lebih penting dengan memegang jawatan tertentu agar dapat memikul tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan demi membangunkan masyarakat Melayu/Islam yang lebih utuh dan berjaya, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed.



Bercakap kepada media pada Selasa malam (15 September), Encik Masagos juga telah mengumumkan beberapa pelantikan baru kepada peranan yang secara tradisionalnya dipikul seluruhnya oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. 



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF),   akan tetap menerajui Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi membangunkan sektor keagamaan agar bersesuaian dengan keperluan masyarakat di sini.



Di samping itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman akan menerajui Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan kesemua lapan M3 di Bandar.



Meski Encik Masagos akan kekal sebagai pengerusi Yayasan Mendaki, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang merupakan naib pengerusi Mendaki akan menjalankan tugas pentadbir yang bertanggungjawab atas kerja-kerja seharian di badan tersebut.



Wisma Geylang Serai (WGS) pula akan dipimpin Menteri  Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang akan bertanggungjawab mengembangkan lagi usaha dan program di  pusat nadi masyarakat Melayu/Islam itu.



Dalam pada itu, Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam pula akan menerajui Taman Warisan Melayu (TWM).



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman, pula akan menubuhkan M3 yang baru di Geylang Serai untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan tersebut.



Mengulas pelantikan baru itu, yang menurut Encik Masagos telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, beliau berkata:



"Rakan-rakan saya yang dipilih memegang jawatan kanan dan mereka amat berupaya untuk memikul tanggungjawab ini bersama, satu tanggungjawab yang secara tradisional dipikul Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



"Saya yakin mereka dapat memikul tanggungjawab ini selain  menyelaraskan  sebagai satu pasukan bersepadu. Saya berharap mereka dapat mengambil langkah inovasi dalam mencari huraian agar dapat sama-sama mempertingkat masyarakat Melayu/Islam. "



Awal sebelum itu, Encik Masagos bersama dua Anggota Parlimen (AP) lain terdiri daripada Cik Rahayu dan  AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, telah mengadakan satu sesi dialog dengan lebih 170 pemimpin masyarakat daripada badan-badan Melayu/Islam.



Pelbagai topik telah dibincangkan termasuk isu pekerjaan, mempertingkat kemahiran, pendidikan dan sosio-agama. Ini merupakan satu daripada tiga sesi dialog yang dijalankan Mesra Persatuan Rakyat (PA) dengan sokongan Mendaki dan Muis dengan pemimpin masyarakat daripada badan-badan Melayu/Islam bagi membincangkan antara lain tema-tema utama yang diketengahkan Presiden Halimah Yacob dalam amanatnya semasa pembukaan Parlimen ke-14.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >