USAHA masyarakat Melayu menjimat air dan daya usaha Berita Harian mengadakan pameran sempena 40 tahun kerja-kerja pembersihan Sungai Singapura yang telah dijalankan sejak 1967 mencerminkan iltizam masyarakat Melayu ingin memberi sumbangan yang bermakna demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemantapan negara.
Malah, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa diwawancara Berita Minggu kelmarin menyifatkan usaha sama pemerintah, rakyat dan institusi dalam membersihkan Sungai Singapura serta kesungguhan mengadakan pameran awam serta program pendidikan menjimat air sebagai "satu testimoni yang besar yang menjadi satu arca yang boleh kita perlihatkan kepada (seluruh) dunia".