Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Usaha sokong emosi individu dengan demensia, pengasuh yang menjaga dipertingkat

1 dalam 10 warga emas 60 tahun ke atas dijangka dilanda demensia; siri video panduan tentang demensia di media sosial
Apr 18, 2021 | 07:32 PM



SATU dalam 10 warga emas berusia 60 tahun ke atas dijangka dilanda demensia.



Bagi menyokong mereka, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) Singapura telah bekerjasama dengan agensi kerjasama bagi membangun kumpulan kemasyarakatan yang dapat mendekati orang ramai dalam menyediakan maklumat tentang demensia dan menawarkan sokongan emosi.



Menjelaskan demikian dalam catatan Facebook pada Ahad (18 April), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Memperkukuh sokongan jagaan demensia dalam masyarakat adalah penting bagi membantu mereka yang mengalaminya agar menua sewajarnya. Kerana itu, kami telah membangun keupayaan dan kemampuan penyedia khidmat jagaan demensia dalam masyarakat bagi menyokong individu dengan demensia serta pengasuh mereka.



"Sebagai contoh, terdapat 14 kumpulan sokongan mesra demensia serata pulau bagi membangun masyarakat yang lebih mengambil berat dan inklusif buat individu dengan demensia.



"Mereka yang berdepan dengan masalah demensia boleh mempersiapkan diri mereka bagi perjalanan hidup selanjutnya dengan melengkapi diri mereka dengan sumber dan ilmu yang betul dan mendapatkan rawatan."



Dalam lampiran posnya, Encik Masagos turut menguar-uarkan siri baru enam bahagian All About Dementia-Ask The Experts (Semua Tentang Demensia-Tanya Pakar) di wadah  media sosial AIC. Siri ini memberi panduan berguna dan inspirasi buat pengasuh dan mereka yang mengalami demensia.



Beliau turut menukil kisah Cik Emily Ong, 51 tahun, yang berdepan dengan demensia yang melandanya awal sebelum tua.



"Perbualannya mula gagap dan tidak lama selepas itu, Emily tidak dapat mencari perkataan yang tepat apabila berbual dengan orang ramai. Pada suatu ketika, beliau bangun daripada tidur suatu hari dan terlupa bagaimana menyiapkan roti telur atau 'French Toast' yang biasa dimakan bagi sarapan pagi. Itulah detik beliau menyedari beliau perlukan bantuan.



"Pada usia 51 tahun, Emily dikesan mengalami demensia yang datang awal. Beliau mula merasakan kehidupannya berkecai dengan kondisi ini. Bagaimanapun, beliau mengubah hidupnya dengan mendapatkan rawatan.



"Beliau kembali meraih keyakinan dirinya semula setelah menyertai program perintis, Voices of Hope, yang dikendalikan Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) bagi memperkasa individu dengan demensia agar berkongsi kisah peribadi mereka di wadah awam," jelas Encik Masagos lagi.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >