Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos yakin Faishal upaya bawa WGS ke tahap lebih tinggi, sanjungi usaha Maliki

Sep 23, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, percaya Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, akan dapat menerajui Wisma Geylang Serai (WGS) ke tahap lebih tinggi agar dapat memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat.



Ini setelah beliau mengambil alih tugas Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, yang telah tujuh tahun memimpin WGS.



Encik Masagos turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Maliki bagi usahanya membangunkan WGS dan menjadikannya hab kegiatan masyarakat Melayu.



"Saya bangga dengan usaha rakan saya Dr Maliki Osman sepanjang tujuh tahun lalu dalam memikirkan konsep bagi WGS, lalu menyemarakkan WGS dengan acara-acara yang digemari masyarakat, serta membina asas kerjasama antara badan-badan Melayu/Islam di sana.



"Kini, giliran Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pula menerajui WGS ke tahap lebih tinggi supaya ia dapat memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat," kata Encik Masagos.



Menurut Encik Masagos, sejak perasmiannya pada 2019, WGS telah menjadi nadi budaya dan kegiatan untuk masyarakat.



Baru-baru ini, Encik Masagos mengumumkan bahawa tugas pertingkat masyarakat dibahagi-bahagikan kepada pemegang jawatan politik Melayu dalam Kabinet.



Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), mengambil alih tugas sebagai penasihat bagi Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), selain menyelia kesemua sembilan M Kuasa Tiga (M³) @ Bandar.



"Saya yakin beliau dapat menggembleng tenaga para sukarelawan di badan-badan tersebut, lalu mempertingkat usaha mereka menghubungkan masyarakat dengan program-progam di peringkat M³ dan peringkat negara demi memperbaiki mutu kehidupan penduduk," kata Encik Masagos, dalam satu catatan di Facebook.




"Saya yakin beliau dapat menggembleng tenaga para sukarelawan di badan-badan tersebut, lalu mempertingkatkan usaha mereka menghubungkan masyarakat dengan program-progam di peringkat M³ dan peringkat negara demi memperbaiki mutu kehidupan penduduk."
- Encik Masagos, mengenai Dr Maliki Osman menjadi penasihat Mesra dan menyelia kesemua sembilan M Kuasa Tiga (M³) @ Bandar.



"Kini, giliran Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pula menerajui WGS ke tahap lebih tinggi supaya ia dapat memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat."
- Encik Masagos, mengenai Dr Faishal Ibrahim kini menerajui Wisma Geylang Serai (WGS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >