Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JURURAWAT DIIZIN PAKAI TUDUNG

Masagos yakin jururawat Muslim utamakan etos pekerjaan, jaga keselamatan pesakit

Beliau yakin jururawat akan hormati satu sama lain dan tidak beri tekanan kepada rakan jururawat lain yang tidak kenakan tudung
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yakin bahawa jururawat Muslim akan mengutamakan etos pekerjaan dan menjaga keselamatan pesakit, sama ada mereka memakai tudung atau tidak.



Ini termasuk menghormati satu sama lain dan tidak memberikan tekanan kepada rakan jururawat lain yang tidak memilih untuk mengenakan tudung.



Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, menjelaskan dalam membuat keputusan itu, satu pertimbangan utama ialah masyarakat awam sudah terbiasa dan menerima wanita Muslim bertudung sejak 20 hingga 30 tahun.



Bercakap kepada media menerusi maya selepas Rapat Hari Kebangsaan, Encik Masagos berkata perubahan dasar yang membolehkan jururawat mengenakan tudung semasa bertugas merupakan satu perjalanan yang jauh dan masyarakat Islam amat menghargai perubahan dasar ini.



"Ini adalah isu nasional, seperti mana yang disebut Perdana Menteri Lee Hsien Loong kerana bila kita menggerakkan isu berkaitan seragam, anda harus memastikan semua orang memahami dan menerima langkah ini, masyarakat Muslim mahupun bukan Muslim.



"Pada masa sama, kita harus memastikan isu ini menyepadukan kita dan tidak memecahbelahkan kita.



"Saya juga berbesar hati yang Mufti dan asatizah telah memandu masyarakat supaya mengutamakan keharmonian...saya juga berterima kasih kepada warga Singapura yang memahami keperluan untuk membuat perubahan dasar dalam semangat yang tepat dan berkembang sebagai masyarakat berbilang kaum yang harmoni," ujar beliau.



Apabila ditanya jika akan berlaku tekanan sosial terhadap golongan jururawat yang memilih untuk tidak mengenakan tudung semasa bertugas, Encik Masagos konfiden bahawa jururawat Muslim akan mengutamakan etos pekerjaan mereka.



"Saya percaya dan amat yakin bahawa jururawat Muslim kita akan mengutamakan etos pekerjaan mereka serta menjaga keselamatan pesakit.



"Ini tidak akan berubah jika mereka pakai tudung atau mengubah seragam mereka.



"Dalam pada itu, saya juga percaya sebahagian daripada etos mereka adalah untuk saling hormat menghormati dan bukan untuk menghakimi satu sama lain di luar tugas yang dilakukan.



"Ini penting dalam memastikan mereka tidak meletakkan tekanan terhadap satu sama lain untuk memakai tudung atau menghakimi satu sama lain."



Malah, tegas Encik Masagos, sikap seperti ini tidak diterima dalam Islam, yang tidak menggalak umat memaksa orang lain untuk menerima aspek agama sekali gus, menghormati perbezaan pendapat.



"Namun pada masa sama, sekiranya ada jururawat merasa tekanan, akan terdapat saluran dalam hospital atau institusi mereka, yang menghulurkan sokongan kepada kakitangan mereka," tambah beliau.



Menurut Encik Masagos, lebih banyak perincian mengenai pelaksanaan ini akan diumumkan nanti. Buat masa ini, setiap hospital masih lagi memperhalusi proses dan panduan bagi perubahan ini.



Menjelaskan tentang pertimbangan di sebalik memutuskan perubahan dasar ini pula, Encik Masagos berkata masyarakat Singapura yang lebih luas sudah semakin terbiasa dengan kehadiran wanita Muslim bertudung setiap hari.



"Ada yang bertemu di tempat kerja dan ada bertemu di sekolah. Kebiasaan ini sudah berlaku sejak 20 hingga 30 tahun lalu. Justeru Encik Lee telah merasakan yang sudah tiba waktunya untuk jururawat memakai tudung semasa bertugas.



"Ini dibuat dengan perkembangan masyarakat Islam yang merasakan perlunya memakai tudung bagi menjalankan kewajipan mereka sebagai Muslim," terang beliau.



Sementara itu, Encik Masagos berkata meskipun beliau bersyukur Encik Lee banyak mengiktiraf pencapaian masyarakat Melayu/Islam dalam ucapannya semalam, namun beliau akur masih ada beberapa perkara yang harus diperbaiki.



Ini termasuk isu pemilikan rumah dan jumlah keluarga Melayu di flat sewa yang kini lebih tinggi.



Encik Masagos turut menekankan pentingnya penekanan terhadap memastikan anak-anak dapat pendedahan kepada pendidikan pada usia awal.




MASAGOS  MENGENAI  KEIZINAN  PAKAI TUDUNG



"Saya percaya dan  amat yakin bahawa  jururawat Muslim  kita akan  mengutamakan etos  pekerjaan mereka  serta menjaga  keselamatan dan  kesejahteraan  pesakit. Ini tidak  akan berubah jika  mereka pakai tudung  atau mengubah  seragam mereka.  Dalam pada itu, saya  juga percaya  sebahagian daripada  etos mereka adalah  untuk saling hormat  menghormati dan  bukan untuk  menghakimi satu  sama lain di luar  tugas yang  dilakukan. Ini  penting dalam  memastikan mereka  tidak meletakkan  tekanan terhadap  satu sama lain untuk  memakai tudung  atau menghakimi  satu sama lain.”  
– Menteri  Bertanggungjawab bagi  Ehwal Masyarakat Islam  Singapura, Encik  Masagos Zulkifli  Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >