Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masalah ayam liar di estet Tampines

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



KETENTERAMAN segelintir penduduk Tampines terganggu dek lebih 50 ekor ayam yang berkeliaran dalam kawasan kejiranan mereka.



Majlis Bandaran Tampines berkata mereka sedang bekerjasama dengan kumpulan kebajikan haiwan, Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres), bagi menempatkan semula beberapa ayam itu dekat Blok 266 Tampines Street 21 selepas penduduk mengadu tentang bunyi bising oleh ayam tersebut, lapor The Straits Times.



Masalah ayam itu dilaporkan media pada September lalu setelah sekumpulan penduduk melahirkan rasa sedih mereka selepas beberapa ayam dipindahkan menyusuli aduan yang dibuat.



Dalam laporan pada September lalu itu, Majlis Bandaran Tampines berkata empat ayam dipindahkan selepas beberapa penduduk mengadu tentang bunyi bising.



Akhbar berbahasa Cina, Lianhe Wanbao, melaporkan penduduk di flat Tampines Street 21 telah mengadu bahawa banyak ayam telah dipindahkan, dengan hanya sekitar 10 ayam ditinggalkan di kawasan taman Blok 266 dan 267.



Majlis bandaran itu berkata aturan telah dibuat untuk menempatkan semula ayam tersebut pada 17 Ogos, sambil menambah tiada percubaan lain menangkap haiwan tersebut telah dibuat.



Bagaimanapun, sejak itu, bilangan ayam tersebut telah bertambah disebabkan pembiakan dan penduduk yang memberi makan kepada haiwan itu.



Kelmarin, Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, berkata semasa tempoh pemeriksaan pada September lalu, aduan dibuat kerana terdapat ibu bapa yang bimbang haiwan tersebut menggangu anak mereka.



Namun, ada segelintir penduduk yang melahirkan pandangan berbeza, tambah beliau.



Terdapat juga keprihatinan tentang soal kebersihan.



"Beberapa penduduk mahu memberi makan kepada ayam. Namun, jika anda tidak membersihkan makanan itu, tikus akan datang," kata Cik Cheng, sambil menambah majlis bandaran akan cuba meletakkan beberapa ayam dalam kurungan di kejiranan itu.



Cik Suhaily Ahmat Samsi, 38 tahun, seorang pelukis pelan utama yang tinggal di kawasan itu, berkata ayam tersebut biasanya mula berketak pada sekitar 4 pagi.



"Ia tidak menggangu saya. Ramai penduduk dalam kejiranan suka dengan mereka (ayam tersebut).



"Pada sekitar 6 petang, anda akan lihat datuk dan nenek membawa cucu mereka melihat ayam tersebut," kata beliau.



Timbalan ketua pegawai eksekutif (CEO) Acres, Encik Kalai Vanan, berkata kumpulannya sedang bekerjasama dengan majlis bandaran untuk membina dua aviari (sangkar besar bagi burung) untuk menempatkan sekitar 20 ayam.



Baki ayam itu akan ditawarkan untuk peliharaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >