Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cemerlang dalam kepayahan

Masalah kewangan tidak jadi hambatan buru ijazah sains

Oct 21, 2019 | 05:30 AM



SEMASA Cik Marsha Humaira Zakir Muhamad berusia 16 tahun, tragedi menimpa keluarganya apabila bapa tersayang meninggal dunia akibat serangan jantung.



Sejak itu, beliau dan tiga adik lelakinya hidup bergantung pada ibu mereka yang menjadi pencari nafkah utama keluarga itu.



Bagaimanapun, masalah kewangan tidak menjadi hambatan bagi Cik Marsha, kini berusia 21 tahun, melanjutkan pengajian hingga ke peringkat universiti.



Malah, beliau kini membantu menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja sambilan sebagai tutor untuk pelajar sekolah menengah.



Baru-baru ini, pelajar jurusan sains (kimia) di Universiti Nasional Singapura (NUS) dikejutkan dengan berita gembira.



Beliau merupakan antara 11 penerima biasiswa Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) tahun ini.



"Ini satu rahmat bagi saya dan keluarga. Ibu saya rasa gembira. Kami bukan daripada keluarga senang dan tentunya, ini akan membantu membiayai perbelanjaan," kata beliau, sambil menambah ibunya bekerja di restoran.



Cik Marsha menerima biasiswa bernilai $10,000.



Tahun ini, MTFA mendermakan $60,000 dalam bentuk biasiswa kepada 11 mahasiswa universiti setempat dan luar negara.



Selain itu, MTFA mengagihkan Anugerah Dermasiswa bernilai $359,000 secara keseluruhan kepada 318 pelajar Islam daripada keluarga berpendapatan rendah.



Ia juga menderma sebanyak $250,000 kepada semua enam madrasah sepenuh masa di sini.



Cik Marsha mengongsi bahawa beliau pada mulanya minat dengan bidang sains forensik.



Namun, selepas memasuki NUS dan belajar tentang pelbagai aspek yang berbeza tentang kimia, beliau mula taruh minat dalam kimia nano dan sains bahan.



Kimia nano melibatkan pengajian sintesis, analisis dan pencirian sebatian kimia pada skala nano, manakala sains bahan adalah pengajian berkaitan semua bahan yang dilihat dan digunakan setiap hari.



"Ada banyak perkara yang kita belum ketahui tentang kimia nano. Misalnya, kita semakin memanfaatkannya dalam pengimejan bioperubatan, seperti untuk mengesan barah.



"Jadi ini sesuatu yang futuristik dan baik untuk masa depan," kata beliau.



Bagi pelajar yang berdepan dengan masalah dalam kehidupan mereka, Cik Marsha menasihati mereka agar sentiasa bersikap positif.



"Keadaan mungkin mencabar sekarang tetapi ia tidak akan begitu selama-lamanya selagi anda berusaha merubah hidup anda.



"Nasib anda berada di tangan anda. Masa akan berlaku dan keadaan akan menjadi lebih baik," kata beliau.




"Keadaan mungkin mencabar sekarang tetapi ia tidak akan begitu selama-lamanya selagi anda berusaha merubah hidup anda. Nasib anda berada di tangan anda. Masa akan berlaku dan keadaan akan menjadi lebih baik."
- Cik Marsha Humaira Zakir Muhamad, pelajar jurusan sains (kimia) NUS. Beliau dan tiga adik lelakinya hidup bergantung pada ibu mereka yang menjadi pencari nafkah utama selepas bapa mereka meninggal dunia lima tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >