SATU masalah landasan menyebabkan gangguan sehingga khidmat kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL) menghala ke utara tergendala selama lebih sejam semalam.
Menerusi laman Twitter pada 7.32 pagi semalam, SMRT memberitahu orang ramai agar menjangkakan waktu perjalanan sehingga 15 minit lebih lama - yang kemudian dikurangkan kepada 10 minit - dari stesen Yew Tee ke Jurong East.