Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masalah pengisyaratan MRT berlaku lagi selang sehari

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



MASALAH pengisyaratan di sepanjang laluan Utara-Selatan selama hampir lima jam menyebabkan kelewatan penumpang pada pagi semalam.



Pengendali kereta api SMRT memberitahu penumpang dalam satu catatan di laman Twitter sekitar 7.30 pagi supaya menambah masa perjalanan 45 minit antara stesen Raffles dengan Bishan.



Masalah itu berlaku antara stesen Newton dengan City Hall pada permulaan perkhidmatan kereta api.



SMRT memberitahu kepada penumpang mengenai kelewatan tersebut di laman Twitter pada jam 5.47 pagi, dan mengerahkan perkhidmatan percuma bas, lapor The Straits Times.



Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat isu perisian dengan sistem pengisyaratan yang telah mengakibatkan masalah, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



SMRT dan penyedia sistem Thales menghidupkan semula sistem sebagai langkah berjaga-jaga untuk memperbaiki masalah itu, tambahnya.



Tidak ada perkhidmatan kereta api antara Toa Payoh dengan Marina South Pier selama kira-kira 10 minit setelah jurutera SMRT dan Thales menstabilkan semula sistem pada sekitar 10 pagi.



Pengendali itu mengatakan bahawa pihaknya mahu "memastikan perkhidmatan kereta api sentiasa bergerak pada waktu pagi dan memperbaiki masalah teknikal setelah waktu sibuknya".



Dalam kemas kini pada pukul 11.30 pagi, SMRT mengatakan bahawa masalah telah diselesaikan pada 10.10 pagi dan perkhidmatan kereta api disambung semula.



Pegawai keselamatan Encik Arjun Nair, 26 tahun, menaiki kereta api pada 7.30 pagi, di stesen Khatib, tetapi harus turun di stesen Ang Mo Kio 10 minit kemudian. Platform di stesen itu penuh dengan penumpang, katanya.



Encik Nair mengambil masa lebih dari 30 minit untuk sampai ke stesen Toa Payoh dan beliau mengatakan bahawa ia "kacau bilau" ketika perlu turun di Novena.



"Saya cuba mencari perkhidmatan bas ulang-alik tetapi tidak ada. Tidak ada wakil dari SMRT di perhentian bas. Tempat itu begitu sesak. Terdapat ramai orang yang menunggu teksi dan e-panggilan," katanya.



EncikNair akhirnya menaiki bas biasa ke Bugis, di mana beliau mengatakan bahawa beliau merancang naik kereta sewa privet (PHC) ke tempat kerjanya di Tanjong Pagar.



Pengumuman dibuat di stesen-stesen MRT dan dalam kereta api sepanjang lima jam kejadian itu untuk memberitahu penumpang untuk membuat perjalanan alternatif, kata SMRT.



Ia mengerahkan lebih daripada 150 kakitangan SMRT membantu penumpang yang terjejas .



Masalah pengisyaratan semalam adalah yang kedua dalam dua hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >