Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Masalah teruk' jika Kolam Air Linggiu gagal: Vivian

Jan 10, 2017 | 08:33 AM



ADA risiko ketara air di Kolam Air Linggiu di Johor jatuh ke paras sifar jika 2017 menjadi tahun kering, kata Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Isnin (9 Jan).



Paras air di kolam air itu sebanyak 27 peratus pada 1 Jan, katanya dalam jawapan bertulis kepada satu soalan Parlimen.



Ia merosot secara drastik sejak beberapa tahun kebelakangan, daripada 84 peratus pada permulaan 2015 kepada 20 peratus, paras terendah yang pernah dicatat, pada Oktober tahun lalu.



Sekiranya kolam air itu gagal, akan berlaku "banyak lagi kejadian" di mana agensi air negara PUB tidak dapat mengambil 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor yang menjadi haknya, ujar Dr Balakrishnan.



Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) bertanya apakah paras air rendah baru-baru ini akan menjejaskan keupayaan kedua-dua negara memenuhi kewajipan mereka di bawah perjanjian air.



Dr Balakrishnan berkata bekalan air ke loji rawatan air Semangar dan Loji Air milik Johor juga akan terjejas, sambil menambah: "Ini akan menyebabkan masalah teruk bagi kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura."



Pemerintah sedang memerhatikan keadaan dengan teliti dan telah membangkitkan perkara ini kepada kerajaan Malaysia, terbaru semasa Rahat Pemimpin bulan lalu.



Singapura akan bekerjasama dengan Malaysia untuk mencapai "hasil yang memberi manfaat bersama", katanya.



Para pegawai akan berbincang dan mengenal pasti huraian yang boleh dicapai, tambah beliau.



"Agensi kita mempunyai hubungan kerja baik, dan akan terus bekerja bersama dengan rapat untuk mengekalkan bekalan air," kata Dr Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >