Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih ada harapan sembuh bagi pesakit kencing manis Jenis 2

May 10, 2016 | 08:29 AM



KEPERCAYAAN popular ialah penyakit kencing manis bermakna terpaksa makan ubat seumur hidup.



Namun, penyelidikan terkini menunjukkan ia boleh dirawat melalui diet sangat rendah kalori.



Penyelidik dari Universiti Newcastle di Britain meletak 30 orang pesakit kencing manis Jenis 2 pada program diet 700 kalori sehari selama lapan minggu. Setiap daripada mereka hilang berat badan kira-kira 14kg secara purata. Bagi kebanyakan pesakit itu, penyakit kencing manis mereka juga hilang.



Malah, kesan positif diet itu berpanjangan. Hampir separuh daripada mereka tidak mempunyai apa-apa tanda kencing manis hampir enam bulan selepas mereka secara beransur-ansur kembali kepada diet lebih normal yang membantu mereka mengekalkan penurunan berat badan mereka.



Hasil kajian itu diterbitkan dalam Diabetes Care awal tahun ini.



Menurut halaman Mind & Body akhbar The Straits Times pada Selasa (10 Mei), doktor yang dihubunginya berkata walaupun ada orang boleh merawat penyakit kencing manis mereka dengan menurunkan berat badan, cabaran bagi kebanyakan orang ialah mengekalkan berat badan sihat.



Dalam sesetengah pesakit, kencing manis Jenis 2 boleh dirawat selepas penurunan besar berat badan, yang biasanya berlaku selepas diet rendah kalori yang berterusan beberapa bulan, kata Dr Nitish Mishra, seorang perunding di Pusat Diabetes & Endokrin Raffles.



Beliau menjelaskan bahawa salah satu punca utama kencing manis Jenis 2 ialah terlalu banyak lemak dalam hati dan pankreas.



"Setiap individu mempunyai ambang lemak peribadi dan apabila mereka melepasi ambang itu, kencing manis Jenis 2 terjadi," katanya.



Oleh itu, selaras dengan prinsip yang sama, apabila mereka berjaya menurunkan berat badan dan lemak dalam tubuh mereka berkurangan ke paras di bawah ambang lemak peribadi mereka, penyakit kencing manis itu akan hilang, katanya.



Pakar endokrinologi Peter Eng, daripada Peter Eng Endocrine Clinic, berkata kebanyakan pesakit kencing manis tidak dapat merawat penyakit mereka.



Yang dapat merawatnya sama ada gemuk atau sangat gemuk dan dapat membuang banyak - sekurang-kurangnya 20 peratus - berat badan mereka.



Bagaimanapun, mereka perlu mengekalkan penurunan berat badan mereka. Sebaik sahaja berat badan mereka kembali, penyakit kencing manis juga kembali melanda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >