Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih belum tukar? 3 perkara bagi membantu anda buat pilihan

May 15, 2019 | 11:18 AM



 



 



KEBELAKANGAN ini anda mungkin pernah nampak atau dengar pembekal-pembekal elektrik swasta yang memasarkan tawaran masing-masing di Pasaran Terbuka untuk Bekalan Elektrik (OEM). Jika sebelum ini pelanggan hanya membeli bekalan elektrik mereka daripada SP Group, kini pilihan yang lebih meluas disediakan. Jika anda masih kurang jelas tentang OEM atau tidak tahu sama ada ingin menukar pembekal elektrik, soalan-soalan di bawah mungkin dapat membantu.



 



1. Apa itu OEM dan adakah wajib bagi saya menukar pembekal?



OEM merupakan satu daya usaha oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) yang memberi pelanggan pilihan dan fleksibiliti untuk memilih pembekal elektrik yang menepati citarasa mereka. Bekalan elektrik kekal sama, tanpa mengambil kira pembekal mana yang anda pilih. Tidak wajib bagi anda menukar pembekal dan tiada tarikh akhir untuk menukar pembekal. Jika anda mahu terus kekal dengan SP Group, anda boleh tetap melakukan demikian dan tidak perlu mengambil sebarang langkah selanjutnya. Jika anda layak menerima rebat U-Save, anda boleh kekal menggunakannya untuk membayar bil elektrik anda setelah membuat penukaran pembekal.



2. Apa yang perlu saya tahu sebelum menukar pembekal?



Semak dan periksa pelan harga yang ditawarkan oleh pembekal runcit. Anda boleh membandingkan pelan harga biasa pembekal runcit di laman http://compare.openelectricitymarket.sg bagi mencari pelan yang paling sesuai bagi keperluan anda. Selain itu, anda juga boleh menghubungi pembekal runcit pilihan anda jika anda inginkan maklumat lanjut tentang pelan harga yang ditawarkan.



Setelah anda yakin hendak menukar pembekal runcit, pastikan anda periksa istilah kontrak seperti tempoh kontrak, syarat pembayaran, deposit keselamatan, bayaran bagi penamatan awal dan klausa pembaharuan automatik. Baca Nasihat Pengguna dan Lembaran Fakta pelan harga pilihan anda, serta periksa terma kontrak utama seperti tempoh kontrak, deposit keselamatan, caj penamatan awal dan klausa pembaharuan auto. Sesetengah pembekal memerlukan bayaran deposit keselamatan yang akan dipulangkan kepada anda pada akhir kontrak, atau jika mereka tidak lagi beroperasi.



Kemudian, daftar dengan pembekal runcit pilihan anda, yang akan bekerjasama dengan SP Group dan melaksanakan peralihan untuk anda. Kontrak anda akan bermula seawal lima hari perniagaan selepas pembekal runcit anda memberitahu SP Group supaya membuat penukaran. Jangan lupa simpan salinan kontrak bagi rujukan anda.



3. Apa yang akan berlaku di penghujung kontrak saya jika saya pilih untuk menukar pembekal?



Pembekal anda akan memberitahu anda sekurang-kurangnya 10 hari bekerja sebelum kontrak anda tamat dan anda boleh memilih salah satu daripada pilihan berikut:




  • Kontrak semula (‘recontract’) dengan pembekal tersebut




  • Tukar kepada pembekal baru




  • Tukar semula kepada SP Group pada tarif yang dikawal



Jika kontrak anda diperbaharui semula secara automatik, pembekal anda harus menawarkan harga yang lebih rendah daripada tarif yang dikawal pada masa pembaharuan semula itu. Anda mempunyai 30 hari untuk membatalkan kontrak tersebut sejurus pembaharuan kontrak itu bermula.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OEM, anda boleh mengunjungi pameran bergerak yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Jun ini di HDB Hub dari 11 pagi hingga 9 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >