MASYARAKAT Islam akan dapat mengekalkan tradisi memberi dan menerima sampul duit raya dan memberi ucapan Selamat Hari Raya meskipun dengan langkah jarak selamat, melalui DBS eGift di wadah DBS PayLah!.
Pelanggan hanya perlu menggunakan DBS PayLah!, antara wadah pembayaran mudah alih paling popular di Singapura dengan hampir 1.8 juta pengguna, untuk menghantar dan menerima DBS eGift, menurut satu kenyataan DBS pada Isnin (27 April).
Untuk mengirim eGift, mereka hanya perlu menekan butang ‘Pay’ dan seterusnya boleh memilih fungsi ‘Hantar sebagai eGift’ setelah mereka menetapkan jumlah yang ingin dihantarkan dan mesej kepada penerima.
Pengirim perlu memastikan yang mereka telah menghantar eGift itu kepada nombor yang telah didaftarkan penerima yang menggunakan DBS PayLah! atau PayNow.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Masih boleh beri duit raya semasa pemutus litar... guna DBS PayLah!
Apr 27, 2020 | 10:24 PM