Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Meniti usia senja dengan penuh makna. Itulah yang dilakukan warga emas seperti pasangan Encik Abdul Wahab Hassan dan isterinya Cik Jamaliah Abu. Ditambah dengan sokongan pemerintah, golongan seperti mereka dapat menikmati kehidupan dengan orang-orang terc

Masih kuat bekerja, masih aktif jadi relawan

Jan 19, 2020 | 05:00 AM



USIA beliau telah menjangkau 72 tahun, namun Encik Abdul Wahab Hassan memilih untuk terus bekerja untuk kekal aktif.



“Kita dah bertahun-tahun aktif, kalau tak buat kerja macam tak kenalah,” katanya, tersenyum lebar.



Malah datuk lapan orang cucu itu berkata kesihatannya berkat keadaannya yang masih aktif bekerja.



Encik Abdul Wahab telah 10 kali disambung bekerja oleh majikannya di syarikat ST Engineering – mencerminkan kepercayaan majikannya itu pada pentingnya sumbangan beliau kepada syarikat. 



“Mereka menghargai pengalaman saya,” katanya, yang bertugas sebagai penulis teknikal. 



“Memang badan tidak lagi sekuat dulu, itu hakikat orang berusia. Tapi minda dan pengalaman kami masih berharga,” tegasnya.



Lantaran itu, Encik Wahab mengalu-alukan langkah meningkatkan usia persaraan bermula 2022 bagi membantu warga emas bekerja lebih lama, selain inisiatif-inisiatif lain seperti sumbangan CPF yang lebih tinggi bagi pekerja lanjut usia yang berkuatkuasa tahun depan.



“Bagi pekerja senior seperti kami, kami bekerja untuk kekal aktif dan juga bagi persaraan. Jadi langkah-langkah sedemikian memang dialu-alu,” katanya lagi.



Selain aktif di tempat kerja, Encik Wahab turut gigih menabur bakti menerusi kerja-kerja kemasyarakatan. 



Malah, bukan baru, sudah hampir dua dekad beliau dan isteri, Cik Jamaliah Abu, yang juga menjaga tiga orang cucunya yang berusia antara lima dengan 10 tahun setiap hari, melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.



Antaranya, Encik Wahab giat memberi sumbangan sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Fengshan. Malah, beliau sudah menjadi sukarelawan dengan MAEC tersebut hampir 17 tahun.



Memberitahu Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM), beliau berkata melakukan kerja-kerja sukarela sudah menjadi suatu kebiasaan baginya.



“Kehidupan itu tidak bermakna kalau kita tidak menyumbang kepada masyarakat jika mampu. Apa yang saya dan isteri lakukan ini tidaklah sebesar mana pun, apa yang termampu oleh kami dengan harapan ia meninggalkan kesan,” ujarnya.



Tambahan, Encik Abdul Wahab berkata beliau dan isteri mahu terus menabur bakti kerana tidak mahu mensesiakan kesihatan yang diberikan. Pada masa yang sama, kerja sukarelanya juga merupakan ‘senaman’ beliau.



“Hampir setiap minggu kita ada aktiviti (kemasyarakatan), dan kalau ada aktiviti mesti ada kena tolong angkat meja sini, angkat kerusi sana,” katanya.



Itulah antara ‘senaman’ yang dilakukan, seloroh Encik Wahab, yang menambah bahawa beliau juga perlu banyak berjalan sebagai sebahagian tugas seorang sukarelawan.



Apakan tidak, beliau akan turut melakukan lawatan rumah ke rumah di bawah inisiatif Tinjauan Isi Rumah Bulanan M Kuasa Tiga atau M3@Bedok.



Dalam lawatannya itu, Encik Abdul Wahab berkata beliau suka mendampingi warga emas lain untuk menjelaskan kepada mereka pelbagai skim pemerintah yang boleh dimanfaatkan.



Menurutnya, sebagai relawan beliau perlu memahami skim-skim seperti Skim Ihsan Senja untuk membantu golongan warga emas paling rentan termasuk dalam bentuk wang tunai sehingga $750 bagi setiap suku tahun bergantung, antara lain, kepada jenis flat yang didiami.



Skim Ihsan Senja disediakan bagi warga emas Singapura berpendapatan rendah yang tidak mempunyai atau kurang mendapat sokongan keluarga. 



Lawatan rumah-ke-rumah sedemikian akan dipergiat dengan Rangkaian Masyarakat untuk Warga Emas bakal diperluas ke seluruh negara tahun ini. 



Rangkaian itu menyatukan badan pemerintah, pertubuhan masyarakat dan relawan yang melawat warga emas, menggalak mereka menyertai kegiatan masyarakat dan memberi sokongan penjagaan apabila mereka memerlukan kelak.



Sementara itu, dalam interaksinya dengan warga emas, Encik Abdul Wahab dan isteri juga sering berkongsi manfaat skim-skim lain termasuk Pakej Generasi Perintis dan Pakej Generasi Merdeka.



“Pada usia senja ini, apa juga jenis bantuan dan sokongan pemerintah amat dialu-alu, dan tanggungjawab saya sebagai relawan ialah untuk berkongsi dengan masyarakat,” ujar beliau.



Menurut Encik Wahab, yang menetap di Bedok North, beliau dan sukarelawan lain telah melawat sekitar 70 rumah sejauh ini.



Nampaknya walaupun usianya sudah lanjut, beliau masih mahu terus melakukan kerja-kerja sukarela dalam masyarakat.



Malah, beliau menasihati warga emas lain untuk turut kekal aktif.



“Saya sarankan lebih baik kalau mereka nak lakukan aktiviti atau senaman, buat akitiviti yang diselia,” katanya.



Ini termasuk aktiviti-aktiviti bagi warga emas yang diadakan secara berkumpulan termasuk yang diadakan di 10 Hab Penuaan Aktif di kejiranan-kejiranan HDB.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >