Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masih ramai belum faham ketetapan, fungsi Surat Kuasa Berkekalan: Masagos

Jan 18, 2022 | 08:39 PM

RAMAI dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam  yang  masih kurang faham tentang Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dan apakah ia diterima dalam Islam.

LPA ialah alat undang-undang yang membolehkan individu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun secara sukarela melantik orang lain untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihaknya dalam soal kebajikan peribadi dan ehwal harta sekiranya beliau kehilangan upaya mental, seperti demensia, suatu hari nanti.

Melahirkan pemerhatian dan keprihatinannya dalam catatan Facebook pada Selasa (18 Januari), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau mendapat maklum balas tersebut daripada sukarelawan guaman.

Pada Sabtu lalu, Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, telah singgah ke sesi LPA di Kelab Masyarakat Toa Payoh East untuk bertemu sukarelawan yang membantu sekitar 200 individu yang hadir untuk mendapatkan nasihat mengenai LPA. 

Dianjurkan Peguam@M3, sesi keempat itu diadakan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Sesi tersebut merupakan anjuran tiga karyawan undang-undang di bawah kumpulan Peguam@M3 – Encik Imran Rahim, Encik Matin Razak dan Cik Fathiah Najwa Hassim. 

Tujuannya adalah bagi membantu asatizah memohon LPA dan mengetahui bagaimana mereka boleh menjaga orang yang mereka kasihi. 

“Saya berbesar hati kerana lebih separuh yang menghadiri sesi tersebut adalah asatizah.
“Peguam@M3 telah menganjurkan sesi LPA secara ‘pro-bono’ atau percuma di seluruh negara. Matlamatnya ialah untuk membimbing dan membantu individu untuk melantik orang yang mereka percayai untuk membuat keputusan hidup yang penting dan bertindak bagi pihak mereka sekiranya mereka hilang keupayaan untuk berbuat demikian kelak,” jelas Encik Masagos.

Berdasarkan maklum balas daripada sukarelawan guaman, ramai didapati  kurang faham tentang LPA dan sama ada ia diterima dalam Islam. 

Melalui kerjasama rapat dengan Muis, para sukarelawan berharap dapat menangani keprihatinan agama yang mungkin dirasakan di kalangan anggota masyarakat Melayu/Islam.

“Pada masa yang sama, mereka mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk memohon LPA,” tambah Encik Masagos.

Beliau berterima kasih kepada Lawyers@M3, Muis, Persatuan Rakyat (PA) dan Pejabat Penjaga Awam (OPG) daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) atas sokongan mereka. 

Jika anda berminat mendapatkan LPA, ikuti sesi selanjutnya di https://m3lawyers.sg

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3