Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih ramai kunjung taman awam

Apr 10, 2020 | 07:30 PM



CUTI awam pertama sejak langkah ‘pemutus litar’ bagi mencegah wabak koronavirus berkuat kuasa pada Jumaat (10 April) menyaksikan lebih ramai pengunjung di beberapa taman yang mematuhi langkah jarak selamat ketika bersenam namun ada yang masih bersenam bersama kenalan mereka.



Ketika Berita Harian (BH) berkunjung ke Taman Pasir Ris tadi, terdapat orang ramai yang mematuhi langkah jarak selamat sewaktu berehat atau bersenam, namun, jumlah pengunjung di beberapa taman lain masih ramai seperti hari biasa.



Di Taman Pasir Ris, Penduduk Tetap (PR) Encik Anto Harry, 47 tahun ditemui sedang bersenam di bersama isterinya, Cik Lita Rosnita, 52 tahun yang memakai pelitup.



“Kami memang giat bersenam secara kerap, namun ekoran perintah pemutus litar, kami bersenam di Taman Pasir Ris kerana ia tidak mempunyai ramai pengunjung,” kata Encik Anto, seorang pakar teknologi maklumat (IT) yang sudah 12 tahun bertugas di Singapura.



Sebelum ditemui, mereka dilihat berlari-lari anak sambil mematuhi jarak selamat sejauh satu meter.



Di taman itu, tiga teman yang merupakan kakitangan gimnasium setempat yang tidak ingin dinamakan kelihatan sedang berlari-lari anak dan berbasikal bersama.



Ketika ditanya mengenai langkah jarak selamat, mereka berkata bahawa mereka tetap cuba untuk menjauhi diri antara satu sama lain namun mereka sudah biasa mengamalkan rutin senaman itu secara kerap selama 30 minit setiap hari. 

 

Di bawah langkah pemutus litar itu, penduduk setempat hanya boleh bersenam sendiri atau bersama mereka yang tinggal serumah. Jika tempat awam itu menyaksikan ramai yang berhimpun, mereka harus mengamalkan jarak selamat.



Seorang pengguna Facebook (FB), Encik Joshua Yak menyatakan keadaan di Taman East Coast masih ramai dan kelihatan keluarga yang berkelah.



Encik Johan Sabri, seorang pegawai pentadbiran berusia 26 tahun, berkata jumlah orang yang berhimpun seperti hari biasa ketika berlari di Taman Admiralty dan Woodlands Waterfront.



“Ada yang masih berduduk di bangku taman bersama teman," katanya.



Pada Khamis (9 April) Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam catatan Facebook kelmarin berkata, mereka yang ditangkap melanggar peraturan itu buat kali pertama akan menerima amaran bertulis tegas.



Pesalah kali kedua akan didenda $300, dan mereka yang ditangkap buat kali ketiga akan didakwa di mahkamah.



Bagi mereka yang ingin bersenam dan memantau jumlah pengunjung taman setempat, boleh mendapatkan maklumat terkini di laman: https://safedistparks.nparks.gov.sg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >