Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Al-Amin anjur siri ceramah dalam talian berkaitan ibadah haji, korban

Jul 10, 2021 | 05:12 PM



MOHD NOOR A. RAHMAN

noorar@sph.com.sg



DEMI menyemarakkan perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Masjid Al-Amin bakal mengadakan satu siri ceramah berkaitan ibadah haji dan korban, secara dalam talian.

Kegiatan itu juga bertujuan “mengisi kesedihan dan kerinduan selain menghidupkan penghayatan ibadah haji” buat masyarakat Islam setempat yang tidak dapat melakukan rukun Islam kelima itu buat dua tahun berturut-turut ekoran pandemik Covid-19 yang menjejas serata dunia. Pengerusi masjid di Telok Blangah Way itu, Encik Muhd Khairul Jameel Yahya, berkata program itu diadakan buat kali pertama.



Pihaknya berharap program itu dapat memberi manfaat kepada Muslim di Singapura dalam menimba ilmu dan penghayatan serta perjalanan ibadah haji secara keseluruhan.

“Memandangkan ibadah haji masih belum dapat ditunaikan buat masa ini, maka Masjid Al-Amin ingin mengisi ruang kosong ini dengan menganjurkan beberapa siri kuliah melalui Facebook secara langsung (FB Live) hampir setiap hari yang bakal mengajak masyarakat Islam menjelajah Makkah, Arafah dan Mina,” ujarnya.



Pihak masjid mengundang beberapa asatizah berpengalaman dalam memimpin pelaksanaan ibadah haji antaranya seperti Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, Ustaz Jalaludddin Hassan dan beberapa yang lain.

Semua ceramah itu dijalankan pada 10 hari pertama Zulhijah dan kemuncaknya ialah pada Hari Arafah – dijadual pada 9 Zulhijah, bersamaan 19 Julai ini – dengan diadakan kegiatan berdoa secara beramai-ramai.

Ceramah pertama bermula Ahad (11 Julai) dan berakhir 19 Julai (kecuali 15-16 Julai), dan bermula pada 5.15 petang setiap hari.

Tiada bayaran dikenakan dan orang ramai hanya perlu masuk ke FB Masjid AlAminsg.

Bagi maklumat lanjut, lungsuri

https://alaminmosque.mimbar.sg/event/1939.

Masjid itu juga sedang melakukan projek peningkatan dan memerlukan lagi $1.5 juta, dan berharap masyarakat Islam setempat dapat meraih manfaat 10 hari pertama Zulhijah untuk menderma kepada masjid berusia 30 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >