Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Al-Istighfar dan M3@Pasir Ris-Punggol anjur ‘Kenduri Bawah Blok’

Mar 20, 2023 | 05:10 PM



MENJELANG Ramadan, Masjid Al-Istighfar dan M3@Pasir Ris-Punggol telah bekerjasama untuk menganjurkan satu inisiatif mendekati masyarakat untuk golongan keluarga kurang berpendapatan, yang dinamakan ‘Kenduri Bawah Blok’ pada Sabtu lalu di Blok 476A Pasir Ris Drive 6.


Mengunjungi blok sewa itu, sekitar 30 penduduk Melayu/Islam bersama benefisiari Masjid Al-Istighfar telah berhimpun untuk memeriahkan lagi kenduri di kolong blok itu. 


Sebelum ini, acara itu telah dihentikan buat sementara akibat pandemik. 


Turut menghadiri acara itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha. 


Acara ‘Kenduri bawah Blok’ itu ialah satu inisiatif Masjid Al-Istighfar sebagai sebahagian  wadah jangkauan yang lebih luas bersama M3 Pasir Ris-Punggol.


“Ini suatu acara yang sangat bermakna kerana ia memaparkan usaha semua individu termasuk rakan kongsi kami yang terlibat dalam ekosistem menyokong keluarga golongan kurang berpendapatan. 


“Ia juga penting buat kami sebagai tetangga untuk mengenali antara satu dengan lain dan dalam pada itu, memahami kesusahan atau cabaran yang dihadapi agar kita dapat sama-sama membantu mereka,” ujar Encik Sharael kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >