Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Masjid Al-Khair buka ruang solat baru tampung 500 jemaah tambahan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masjid Al-Khair buka ruang solat baru tampung 500 jemaah tambahan

Apr 28, 2017 | 02:21 PM

MASJID Al-Khair di Teck Whye kini boleh menampung 4,000 jemaah dalam satu masa selepas ia membuka lagi 500 tempat tambahan hari ini.

Mufti Singapura Dr Mohamad Fatris Bakaram telah memimpin majlis perwakafan ruang solat baru itu, sebelum memimpin solat Jumaat.

Peluasan masjid itu antara kerja peningkatan di masjid yang dibina pada 1998 itu.

Ia disokong Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) yang menampung sejumlah $1.5 juta daripada kos peningkatan $3.48 juta.

Selain dewan solat yang diperluas, kemudahan lain seperti tempat mengambil wudhu, perpustakaan dan bilik darjah telah dipertingkat.

Khidmat lif juga disediakan di setiap tingkat masjid tiga tingkat itu.

Masjid yang juga berupa pusat tafsir Al-Quran turut membuka secara rasmi ruang tafsir Al Quran interaktif - yang pertama di Singapura.

Jemaah boleh membaca panel maklumat yang disediakan selain mendengar tafsiran Al-Quran menerusi fon kepala yang disediakan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3