Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Al-Mawaddah atur program menarik sempena ulang tahun ke-10

Feb 28, 2020 | 05:30 AM



DITUBUHKAN sejak tahun 2010, Masjid Al-Mawaddah terus aktif dalam menganjurkan pelbagai program bermanfaat kepada masyarakat Islam di Singapura.



Antaranya, Masjid Al-Mawaddah menyediakan khidmat pembelajaran agama kepada golongan muda menerusi program aLIVE.



Bermula dengan hanya 300 orang pelajar, kini program tersebut sudah menjangkau peserta seramai 1800 orang pelajar yang meliputi kelas-kelas hujung minggu dan harian.



Masjid Al-Mawaddah juga telah dinobatkan sebagai salah satu daripada Pusat Kecemerlangan aLive pada 2012.



Ia berikutan sokongan ibu bapa dan masyarakat terhadap keprihatinan pembelajaran ukhrawi anak-anak, khususnya bagi pelajar yang menetap di kawasan seperti Hougang, Sengkang, Punggol dan beberapa tempat di luar kawasan seperti Pasir Ris, Yishun serta lain-lain.



Pembelajaran di Masjid Al-Mawaddah dipertingkatkan dengan adanya kemudahan sistem ICT di dalam setiap kelas bagi membantu kurikulum pembelajaran aLIVE.



Pada tahun 2013 juga, Masjid Al-Mawaddah menerbitkan buku Big Book for Wudhu & Solat yang dihasilkan oleh tenaga pengajar masjid untuk para pelajar bagi tujuan pembelajaran visual.



aLIVE Masjid Al-Mawaddah turut mengadakan beberapa program menarik pada setiap penggal untuk para pelajar seperti kunjungan ke Muzium Peradaban Asia, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan banyak lagi.



Pada cuti sekolah pula, program-progran seperti pengurusan jenazah, Khalifah Chef, Aqil Baligh menjadi tumpuan para penduduk.



Pihak masjid mengambil peluang untuk bekerjasama dengan beberapa pertubuhan dan sekolah-sekolah awam seperti program kemasyarakatan bersama Sekolah Tinggi Nan Chiu pada Ramadan tahun lalu.



Program ini mengetengahkan cara hidup bermasyarakat dalam pelbagai bangsa di Singapura melalui aktiviti silang budaya seperti kaligrafi Cina dan penyediaan juadah iftar.



Sepuluh tahun telah berlalu, pihak masjid menyaksikan beberapa graduan yang mengikuti program aLIVE di Masjid Al-Mawaddah telah pun mengikuti pembelajaran peringkat tinggi seperti Sijil Lanjutan di Pergas dan Andalus.



Malahan, ada juga yang kembali menyumbang kepada Masjid Al-Mawaddah sebagai tenaga pengajar, aktivis belia serta sukarelawan masjid hingga ke peringkat Lembaga Pentadbiran Masjid.



Masjid Al-Mawaddah menyediakan ruang untuk para belia melakukan kerja-kerja kemasyarakatan sambil beribadah melalui badan belia masjid iaitu Fitwah Al-Mawaddah.



Antara aktiviti-aktiviti keagamaan yang menarik minat belia setempat adalah Friday Barakah yang dilakukan pada setiap minggu selepas solat Jumaat bagi membincangkan topik khutbah pada hari itu.



Aktiviti seperti usrah yang dijalankan pada setiap dua minggu sekali, menjadi satu platform untuk para belia meneruskan pembelajaran agama.



Fitwah Al-Mawaddah juga menganjurkan aktiviti yang sihat seperti berbasikal malam, Wheels to Hijrah yang telah berlangsung pada bulan Januari.



Aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama Rangkaian Pelajar Muslim Politeknik Nanyang (NYPMSN) ini telah berjaya menarik lebih dari 60 orang peserta.



Sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-10, Fitwah Al-Mawaddah akan menganjurkan Simposium Belia yang bertemakan My Friends, My FAM, My Faith pada Sabtu, 11 April nanti dari 2.00 petang hingga 5.00 petang di Joyden Hall Bugis.



Barisan panelis undangan seperti Ustaz Dr Md Fatris Bakaram, Ustazah Liyana Musfirah, Ustazah Hidayah Azman dan Ustaz Tamliikhaa Khamsani akan membincangkan tentang isu-isu yang dihadapi para belia seperti cara menjaga hubungan dengan manusia, kaum kerabat dan Allah swt.



Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar di laman web tinyurl.com/famsymposium2020.



Tiket berharga $15 untuk seorang atau $60 untuk lima orang sekumpulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >