Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Angullia akan dibangun semula, jangka siap 2019

May 26, 2017 | 05:30 AM



MASJID Angullia di Serangoon Road akan ditutup hujung tahun ini untuk dibangunkan semula menjadi sebuah masjid empat tingkat, dengan belanja sekitar $7.5 juta.



Projek pembinaan semula masjid itu dijangka mengambil masa sekitar 18 bulan, bermakna ia dijadualkan siap pada 2019.



Ini bermakna kegiatan Ramadan dan Syawal tahun ini di masjid itu, yang terkenal dalam kalangan masyarakat Islam tempatan serta pekerja asing dan menjadi tarikan pelancong di Little India, ialah yang terakhir sebelum ia ditutup.



Pengerusi Masjid Angullia, Haji Ayoob Angullia, berkata masjid baru itu akan menjadi satu pusat perhentian bagi keperluan masyarakat Islam.



Beliau berkata dengan pelbagai kemudahan di sekelilingnya, seperti hab perubatan Farrer Park dan pusat beli-belah Mustafa Centre, Masjid Angullia dikunjung ramai orang, termasuk pelancong dan pekerja di sekitarnya.



Oleh itu, terdapat keperluan membangunkannya semula agar dapat menampung jemaah lebih besaar.



"Kami akan membina sebuah masjid fungsian dan praktikal supaya dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat dan mengadakan pelbagai kegiatan.



"Masjid ini sebuah hab keharmonian kaum dan agama, hab pendidikan, hab yang menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan akan menjadi sebuah pusat perhentian bagi keperluan masyarakat Islam, termasuk pemandian mayat dan majlis akad nikah," ujarnya.



Masjid yang ada akan dirobohkan untuk didirikan sebuah masjid empat tingkat yang boleh menampung sekitar 4,000 jemaah, berbanding hampir 2,000 sekarang.



Masjid baru itu juga akan mempunyai pelbagai ciri baru, termasuk auditorium serba guna, taman atas bumbung, bilik persidangan dan bilik darjah, dan kemudahan seperti lif, terutamanya bagi warga emas dan jemaah kurang upaya.



Antara lain, ia akan memanfaatkan konsep eko-hijau bagi pengaliran udara.



Kerja pemuliharaan juga akan dijalankan pada pintu gerbang ikonik masjid itu, yang dipulihara Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 2014.



Menurut Haji Ayoob, pihak masjid telah mengumpulkan $1.3 juta sejak 2014 bagi projek itu dan $4 juta dipinjamkan daripada dana endowmen Wakaff Mohammed Salleh Eusoof (MSE) Angullia.



Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Masjid Angullia akan turut menerima sumbangan Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) bagi projek pembangunan semulanya.



Sejarah Masjid Angullia bermula pada 1890-an.



Ia dibina di atas tanah wakaf yang diwariskan pedagang dan pelabur hartanah Mohammed Salleh Eusoof Angullia, seorang Muslim berketurunan Gujarati dari Rander, India.



Sebagai sebahagian usaha pungutan derma untuk pembangunan semulanya, masjid itu antara lain telah melancarkan program wakaf Siraat ul Jannah yang mengajak masyarakat sama-sama menyumbang kepada pembinaan masjid baru itu.



Sumbangan yang dikumpulkan antara lain akan digunakan bagi kos mihrab, ruang iktikaf, kubah dan struktur tiang, kata Haji Haji Ayoob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >