Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Angullia akan dibangunkan semula

Feb 24, 2018 | 05:30 AM



MASJID Angullia di Serangoon Road mengadakan solat Jumaat terakhirnya semalam, sebelum ia ditutup untuk tempoh hampir dua tahun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan semula.



Masjid dua tingkat berusia 128 tahun itu akan dirobohkan dan diganti dengan bangunan empat tingkat baru yang antara lain dapat menampung lagi 1,000 jemaah, bilik darjah dan auditorium.



Pembangunan semula masjid itu dijangka menelan belanja $6.35 juta dan dijadualkan siap pada suku akhir 2019.



Semasa melancarkan projek itu semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, melahirkan harapan agar jemaah masjid dapat memahami peri pentingnya usaha membangun semula masjid tersebut dan bersedia menunaikan solat di masjid lain di sekitar kawasan itu.



"Kami telah merancang sejak dulu lagi... ada kekurangan tempat di masjid-masjid kita di kawasan bandar. Lantaran itu, masjid ini akan menjalani pembangunan semula yang menyeluruh, supaya ia dapat berkhidmat kepada orang yang bekerja dan tinggal di kawasan ini," ujar Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan.



"Kami berharap dapat menggalak sebahagian jemaah masjid untuk pergi ke masjid-masjid lain di kawasan ini dan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) akan membantu dengan menyediakan maklumat sewajarnya di dalam talian atau wadah lain, supaya mereka boleh menunaikan solat Jumaat atau solat jemaah lain seperti biasa," ujar Dr Yaacob.



Sebelum ini, pengerusi Masjid Angullia, Haji Ayoob Angullia, telah memberitahu akhbar ini bahawa pihaknya memerlukan dana sekitar $1.5 juta untuk membina masjid sementara dan ini hanya boleh dilakukan jika pihak masjid mempunyai dana berlebihan.



Menurut kenyataan Muis, terdapat enam lagi masjid di kawasan itu - Masjid Abdul Gafoor di Dunlop Street, Masjid Sultan di Kampung Jawa, Masjid Malabar di Victoria Street, Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road serta Masjid Bencoolen dan Masjid Alkaff Upper Serangoon - yang boleh digunakan jemaah sehingga Masjid Angullia baru siap dibina.



Apabila siap nanti, masjid tersebut boleh menampung 2,500 jemaah.



Ia juga akan menyediakan lantai khas untuk jemaah perempuan dan teres bumbung selain bakal menampilkan kubah keluli.



Sejumlah $500,000 daripada kos pembangunan semula akan ditampung Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF), sementara sekitar $4 juta diperolehi menerusi Wakaf MSE Angullia.



Baki sekitar $1.85 juta akan dikumpulkan menerusi derma awam.



Menurut Dr Yaacob, beliau berharap masyarakat akan terus menyokong usaha pembangunan semula Masjid Angullia dan Program Peningkatan Masjid (MUP) lain dikendalikan Muis.



"Masjid adalah ruang yang digunakan bersama dan adalah untuk semua orang... saya berharap kita dapat menggalak seberapa ramai orang untuk tampil memberi bantuan, bukan sahaja kepada masjid ini, malah program peningkatan masjid lain," kata Dr Yaacob.



Sejak MUP dilancarkan pada 2009, 24 masjid telah dipertingkat, dengan pendanaan separa daripada MBMF, menurut maklumat di laman web Muis.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >