Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Angullia dibangunkan semula, ditutup sehingga suku akhir 2019

Feb 23, 2018 | 12:46 PM



Masjid Angullia di Serangoon Road mengadakan solat Jumaat terakhir pada 23 Februari, sebelum ia ditutup untuk menjalani pembangunan semula.



Masjid dua tingkat berusia 128 tahun itu akan dirobohkan dan bangunan masjid empat tingkat baru akan didirikan bagi menggantikannya, menambah 1,000 tempat jemaah, bilik darjah, teres bumbung dan auditorium.



Kubah baru yang diperbuat daripada keluli juga akan dibina.



Kerja peningkatan ke atas masjid ini dijadual lengkap pada suku akhir 2019 dan akan menelan belanja $6.35 juta.



Sejumlah $500,000 daripada kos ini akan ditampung Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF), sementara sekitar $4 juta diperolehi menerusi Wakaf MSE Angullia.



Baki sekitar $1.85 juta akan dikumpulkan menerusi derma awam.



Projek peningkatan Masjid Angullia ini diusahakan di bawah Program Peningkatan Masjid (MUP) yang dikendalikan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Ini ada kali pertama ia menjalani pembangunan semula sejak tahun 1970-an.



Apabila lengkap nanti, ia boleh menampung sehingga 2,500 jemaah pada satu masa.



Masjid ini biasanya dipenuhi jemaah yang terdiri daripada pekerja dan penduduk di sekeliling itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >