Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Angullia dibuka semula secara rasmi

Feb 14, 2020 | 08:15 PM



MASJID Angullia di Serangoon dibuka secara rasmi pada Jumaat (14 Feb) oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli setelah selesai kesemua kerja-kerja pembangunan yang berlangsung sejak Februari 2018



Lebih ramai jemaah kini boleh menunaikan ibadah dengan selesa di masjid itu yang mempunyai empat tingkat, berhawa dingin, dan boleh menampung 2,500 jemaah berbanding 1,500 orang sebelum ini.



Ini tidak termasuk selesainya usaha pemuliharaan bagi rumah gerbangnya atau gatehouse, yang dilestarikan kerana nilai sejarahnya.



Masjid berusia 130 tahun yang telah berubah wajah beberapa kali kini berdiri setinggi empat tingkat dan dicat warna merah pulasan atau merah 'terracotta,' merupakan penampilan baru di sekitaran Serangoon yang melambangkan warisan pendatang India utara, asalnya pengasas Masjid Angullia.



Masjid itu pertama kali dibina pada 1890 oleh pedagang serta dermawaan Allahyarham Mohammad Salleh Eusoff yang berasal dari Rander, Mumbai utara dan kini diurus waris generasi ke-empat keluarga beliau, Encik Ayoob Angullia.

*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >