Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Assyakirin sedia ruang tidur selamat buat golongan gelandangan, pantri masyarakat percuma buat individu memerlukan

Jan 19, 2022 | 05:40 PM



SEORANG warga emas menghabiskan masa empat bulan tinggal di tepian tangga sekitar flat Bukit Gombak sebelum beliau dirujukkan ke program Tempat Tidur Selamat di Masjid Assyakirin untuk golongan yang tiada tempat berteduh.



Seorang jururawat selama lebih 50 tahun, Encik Rahman (bukan nama sebenarnya), kini 76 tahun, tidak bekerja tetapi bertugas sebagai duta jarak selamat dari masa ke masa bagi mendapatkan wang tambahan.



Dia akan mengisi ruang pada salah satu daripada lima katil di besmen masjid. Selain katil, terdapat barangan asas seperti keperluan tandas, ketuhar gelombang mikro dan mi segera. 



Masjid Assyakirin di Yung An Road, Jurong, adalah antara empat masjid yang bekerjasama dengan rangkaian Rakan Kerjasama Mendekati dan Memperkasa Individu Gelandangan (Peers) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk menyediakan tempat berteduh sementara bagi golongan gelandangan dan tiada tempat tinggal ini.



Masjid ini memulakan program ini sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan penyakit Covid-19 pada 2020.



Presiden Halimah Yacob mengunjungi masjid itu pada Rabu (19 Januari) untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang inisiatif masjid berkenaan dan berbual dengan beberapa orang yang menetap di situ seperti Encik Rahman.



Ketika ditemui media selepas sesi tersebut, Puan Halimah berkata program itu diperkenalkan sebagai respons pada cabaran dan isu nasional.



"Salah satu cabaran nasional, tentunya dengan pandemik, adalah anda melihat orang tidur di tempat awam di pelbagai tempat di Singapura," katanya.



Pada Isnin, akhbar The Straits Times melaporkan tujuh pertubuhan mengendalikan Program Tidur Selamat sebelum Covid-19 melanda dengan bilangannya meningkat kepada lebih 40 pertubuhan sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19, termasuk pertubuhan agama seperti masjid dan gereja.



Puan Halimah berkata pantri masyarakat Masjid Assyakirin yang menyediakan keperluan dapur buat golongan memerlukan juga beroperasi bagi memenuhi keperluan yang meningkat.



"Terdapat individu yang mungkin dalam peralihan kerja atau sewaktu pandemik, dipotong gajinya dan terdapat kekurangan beberapa barangan yang perlu untuk dimasak di rumah atau dimakan," jelasnya.



Pantri ini dibuka dua kali seminggu pada Isnin dan Khamis dari 10 pagi hingga tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang. Ia memberi khidmat kepada 3,000 penerima bantuan dan mengedarkan makanan dan barangan dapur bernilai lebih $20,000 sejak diperkenalkan pada 2019.



Masjid ini menerima derma daripada rakan kerjasama seperti Bank Makanan Singapura serta orang awam yang boleh menderma di pintu masuk masjid.



Orang ramai boleh mengambil keperluan dapur sekali setiap dua minggu, hingga lima barangan sekali bagi golongan bukan penerima zakat dan hingga lapan barangan bagi penerima zakat.



Ketua Jagaan Sosial dan Masyarakat di Masjid Assyakirin, Ustaz Muhd Aizat Zulkifli, berharap kerja amal yang mereka lakukan buat masyarakat dapat dicontohi pertubuhan lain di merata Singapura.



"Masjid Assyakirin menggalas amanah membantu atau menyokong dalam masyarakat dan kami ingin menjadi contoh dan menggalak masjid dan pertubuhan lain agar melakukan perkara yang sama dan memulakan inisiatif serupa untuk membantu golongan memerlukan," katanya. - The Straits Times



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >