Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Ba'alwie bantu agih 20 tan beras dari badan Buddha

May 03, 2018 | 05:30 AM



PERSATUAN Amitabha Singapura - sebuah pertubuhan agama Buddha - telah mendermakan 20 tan beras untuk umat Islam setempat berbuka puasa, tahun kedua berturut-turut ia berbuat demikian.



Beras itu bakal diserahkan kepada Masjid Ba'alwie, yang akan mengagihkannya kepada masjid-masjid dan pertubuhan Muslim setempat.



Dalam kenyataannya semalam, persatuan itu, yang diwakili Presiden Encik Chua Tian Siong berkata ia berasa terhormat diberi peluang menghadiahkan beras kepada saudara Muslim di Singapura.



"Kita bak sebuah keluarga besar, sebagai warga Singapura.



"Kita tidak seharusnya menganggap ada perbezaan antara kaum dan dan agama. Sebaliknya, kita perlu menjaga dan belajar daripada satu sama lain kerana kita semua entiti sejagat," kata Encik Chua.



Menurut jurucakap pertubuhan itu, pemberian beras ini juga memenuhi kehendak guru mereka Venerable Master Chin Kung, yang bersama Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas, menyokong perpaduan antara kaum dan agama menerusi pendidikan.



"Impian dan aspirasi mereka adalah serupa dan hubungan mereka bak adik-beradik," kata jurucakap itu.



Bercakap kepada Berita Harian, Habib Hassan berkata beliau berbesar hati dan tersentuh kerana penganut agama Buddha di Singapura prihatin dengan kesejahteraan umat Islam.



"Sumbangan ikhlas ini kami terima dengan penuh penghargaan dan akan diagihkan kepada masjid-masjid dan persatuan Muslim dengan cara sebaik-baiknya," kata Habib Hassan.



Persatuan Amitabha Singapura turut menderma 20 tan beras kepada Masjis Ba'alwie tahun lalu. Menurut jurucakapnya, 20 tan beras berharga sekitar $20,000.



Pemberian beras ini adalah yang kedua diterima oleh Masjid Ba'alwie daripada persatuan agama Budddha sempena Ramadan ini.



Minggu lalu, ia juga menerima 30 tan beras daripada Persatuan Buddhist Lodge, yang telah diagihkan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kepada masjid-masjid dan badan-badan Islam setempat, kata Encik Haja Maideen, relawan Masjid Ba'alwie yang menguruskan perihal logistik di masjid itu.



Masjid atau persatuan yang berminat mendapatkan beras boleh menghubungi Encik Haja Maideen di talian 9786-2574.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >