Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid buat persiapan terima lebih ramai jemaah

Muis umum perubahan baru aturan masjid mulai 1 Apr: tempahan solat Jumaat hanya untuk sesi pertama; garis panduan solat tarawih bakal diumum
Mar 26, 2022 | 05:30 AM



PERSIAPAN sedang dilaksanakan bagi membolehkan masjid-masjid menyambut lebih ramai jemaah dengan perubahan dibuat ke atas beberapa langkah yang telah diterapkan sepanjang tempoh pandemik sebelum ini.



Antara perubahan ini termasuk meniadakan zon solat di masjid yang dilaksanakan untuk memudahkan usaha penjarakan selamat.



Masjid-masjid juga akan menawarkan dua sesi solat Jumaat mulai hari yang sama, dengan tempahan hanya diperlukan untuk sesi pertama.



Perubahan ini seiring langkah pemerintah melonggarkan sekatan di dalam negara, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga akan memperkenalkan perubahan mulai 1 April ini - sedang Singapura berusaha beralih ke arah kehidupan dengan Covid-19.



Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen Mohamed, turut mendedahkan Muis dan masjid akan mengambil langkah-langkah yang perlu agar lebih ramai jemaah boleh menunaikan sembahyang berjemaah di masjid.



Encik Kadir berkata, usaha yang dilakukan pihaknya sejajar dengan langkah pemerintah menaikkan had kapasiti bagi acara besar dengan lebih 1,000 orang kepada 75 peratus, berbanding 50 peratus sebelum ini.



"Muis dan masjid-masjid telah bekerjasama untuk menyambut lebih ramai jemaah. Dua minggu yang lalu, kami melonggarkan keperluan jarak selamat dengan merapatkan saf ketika solat.



"Dengan pengumuman terbaru mengenai pelonggaran lanjut langkah jarak selamat (SMM), Muis dan masjid-masjid akan berusaha ke arah kapasiti 75 peratus untuk solat berjemaah di masjid kita," kata Encik Kadir.



Beliau ditemui pihak media selepas solat Jumaat di Masjid Kassim semalam.



Perubahan yang akan dikuatkuasakan pada Jumaat depan juga membolehkan para jemaah langsung ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat tanpa perlu membuat tempahan bagi sesi kedua.



Namun begitu, perubahan terhadap sistem tempahan solat Jumaat ini bergantung kepada ruang sedia ada.



Dengan perubahan ini, Encik Kadir berharap masyarakat Islam di sini dapat memberikan kerjasama agar memberi peluang kepada mereka yang mempunyai masa terhad semasa waktu makan tengah hari untuk membuat tempahan dan menghadiri sesi pertama solat Jumaat.



"Bagi mereka yang mempunyai masa luang yang agak panjang, saya ingin menggalakkan mereka untuk menghadiri sesi kedua.



"Para pelajar sekolah juga digalakkan untuk menghadiri sesi kedua selepas habis waktu sekolah," ujar beliau.



Mengenai persiapan dan langkah-langkah yang akan diambil Muis dan pihak masjid bagi membolehkan jemaah beribadah di masjid pada Ramadan ini, Encik Kadir berkata, Muis akan memberikan butiran dan garis panduan terkini, terutama bagi solat tarawih dalam beberapa hari mendatang.



"Kami akan membuka kegiatan di masjid secara bertahap. Bagi persiapan Ramadan, kami akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa terdekat ini yang mengandungi butiran lanjut," ujarnya.




SEKILAS PERUBAHAN BAGI SOLAT BERJEMAAH DI MASJID MULAI 1 APRIL



  • Semua masjid akan menawarkan dua sesi solat Jumaat. Tempahan hanya diperlukan untuk sesi pertama sahaja. Jemaah boleh langsung ke masjid tanpa buat tempahan untuk sesi kedua namun bergantung kepada ruang sedia ada

  • Zon-zon solat yang ada sekarang akan ditiadakan dengan jemaah hanya perlu solat di kawasan solat yang ditetapkan

  • Lebih ramai boleh solat berjemaah di masjid dengan pihak Muis dan masjid berusaha meningkat kapasiti kepada 75 peratus




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >