Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid buka pintu bantu pesalah, keluarga banduan

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



BEKAS pesalah dan keluarga banduan yang sedang menjalani hukuman penjara kini boleh pergi ke semua masjid di sini untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan sokongan bagi keluarga, pekerjaan, bantuan kewangan dan pendidikan.



Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata, kesemua masjid tempatan akan menyokong usaha Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) membantu golongan tersebut.



Sokongan asas yang ditawarkan meliputi bimbingan agama, sokongan oleh pendamping masyarakat serta rujukan bagi bantuan kewangan, pekerjaan dan pendidikan oleh pihak berkuasa.



Muis berkata, masjid tempatan juga akan mempertingkat keupayaan mereka untuk menawarkan sokongan serta mengadakan lebih ramai Pegawai Agama masjid menjadi relawan Fitrah.



Beberapa masjid tertentu menyediakan program khusus bagi menyokongi usaha pemulihan seperti; pendekatan dan pembelajaran agama, kelas pembacaan Al-Quran, khidmat memadam tatu serta program latihan bagi relawan Fitrah.



Mengumumkan demikian dalam satu acara cuti sekolah bagi keluarga penerima Fitrah di Snow City Singapura, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata beliau terharu melihat kerjasama masjid bersama Fitrah termasuk beberapa yang telah menyediakan program khusus.



"Kami berharap masjid boleh menjadi sebuah tempat di mana anda dapat mencari ketenangan dan perlindungan. Pintu masjid akan sentiasa terbuka untuk mereka yang memerlukan," tambahnya.



Beliau juga mendedahkan Fitrah kini mempunyai lebih 600 relawan yang terdiri daripada profesional serta asatizah daripada seramai 50 relawan apabila ia ditubuhkan pada 2019.



Relawan tersebut juga telah menjalani latihan bagi khidmat kaunseling oleh Persatuan Jagaan Lanjut Singapura (Saca), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), jelas Muis.



Sekurang-kurangnya 300 keluarga turut telah menerima manfaat daripada bantuan Fitrah sejak ia ditubuhkan pada 2019.



"Ini sangat penting, bukan sahaja kerana ia menunjukkan perkembangan Fitrah, tetapi juga menunjukkan pemimpin masyarakat kami lebih ke depan untuk menyokongi teman-teman dan keluarga yang sedang menghadapi kesukaran," kata Dr Faishal kepada hadirin acara petang semalam.



Sempena acara cuti keluarga itu, sejumlah 35 keluarga seramai 180 orang menerima pek kembali ke sekolah yang mengandungi bahan pembelajaran untuk pelajar agar dapat mengurangkan tekanan kewangan kepada keluarga tersebut.



Selain peluang bermain, beberapa kegiatan lain juga diadakan di Snow City seperti pembacaan cerita dan sebuah sketsa pendek berkenaan cabaran bekas pesalah oleh badan relawan Goals Aspiration turut disediakan untuk tontonan para hadirin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >