Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Darul Ghufran dibuka semula

Mar 22, 2019 | 05:30 AM



KERJA-KERJA naik taraf Masjid Darul Ghufran di Tampines telah pun selesai dan akan membuka pintunya untuk sembahyang Jumaat hari ini.



Dibuka pada 1990, masjid itu menjalani pembinaan semula sejak 2016.



Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram akan mengisytiharkan perwakafan masjid berwajah baru itu, serta menyampaikan khutbah Jumaat dan mengimamkan solat Jumaat.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dijangka hadir bersama pegawai pengurusan kanan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Kenyataan Muis menjelaskan bahawa sebelum menaik taraf, Muis dan Masjid Darul Ghufran mengadakan perbincangan dengan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas berhubung reka bentuk yang dicadangkan dan mendapatkan pandangan mengenai jenis kemudahan yang diperlukan oleh jemaah.



Satu pameran bergerak selama sebulan telah diadakan pada Oktober 2015 di pelbagai qaryah (kejiranan) di Tampines.



Menurut Muis, banyak cadangan dilaksanakan termasuk mengekalkan warna asal masjid (kuning air dan biru), menyediakan akses lebih baik ke tempat wuduk, menggabungkan ruang tempat letak basikal dan memperkenalkan landskap hijau dan seni bina yang membolehkan pencahayaan semula jadi maksimum ke ruang masjid.



Menara itu telah dikekalkan dan akan terus menjadi ciri utama masjid tersebut.



Masjid baru itu memanfaatkan ruang. Tiga tingkat ditambah kepada struktur sedia ada.



Ini termasuk tempat meletak kereta baru di bawah bangunan, tingkat keempat dan teres di bumbung bangunan.



Masjid itu juga akan menempatkan dua bangunan tambahan baru untuk ruang pejabat dan bilik darjah bagi pendidikan Islam.



Ruang solat masjid itu kini akan dapat menampung 5,500 jemaah, berbanding 4,000 sebelum ini, sekali gus menjadikannya masjid terbesar di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >