Masjid ditutup 5 hari mulai hari ini untuk dibersihkan
Semua kegiatan di masjid dibatalkan dua minggu, kali pertama semua masjid ditutup serentak dan solat Jumaat dibatalkan di Singapura
Mar 13, 2020 | 05:30 AM
KESEMUA 70 masjid di Singapura akan ditutup selama lima hari dan solat Jumaat di semua masjid hari ini dibatalkan.
Ini berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura yang disahkan dijangkiti Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.