Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pentutupan masjid akibat Covid-19

Masjid En-Naeem, Masjid Temenggong Daeng Ibrahim dibuka semula, Masjid Ahmad dijadual dibuka esok

Dec 03, 2020 | 08:56 PM



MASJID En-Naeem di Hougang dan Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Harbourfront dibuka semula kepada jemaah  pada Khamis (3 Disember) sehari selepas ia ditutup bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Masjid Ahmad di Pasir Panjang yang ditutup dua hari bagi tujuan sama dijangka dibuka semula esok.

Ketiga-tiga masjid itu ditutup semalam, selepas didapati dikunjungi pesakit Covid-19.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), seorang pegawai Masjid Ahmad berkata masjid yang terletak di Lorong Sarhad itu dijadual dibuka semula kepada jemaah dari waktu Subuh esok dan juga bagi solat Jumaat.

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Harbourfront dan Masjid En-Naeem pula dibuka kepada jemaah sejak waktu zuhur tadi. Tinjauan akhbar ini ke Masjid En-Naeem di Hougang menunjukkan beberapa jemaah sedang solat asar sementara pekerja turut dilihat menjalankan kerja pembersihan.









Sehingga lapan malam tadi, kededua masjid itu juga masih menawarkan ruang tempat bagi solat Jumaat esok, berdasarkan maklumat di laman web ourmosques.commonspaces.sg. Laman yang sama pula menunjukkan tempahan bagi solat Jumaat di Masjid Ahmad sudah ditutup.

Dalam kenyataannya kelmarin, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata jemaah yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 yang pergi ke tiga masjid tersebut akan dihubungi pihak berkuasa bagi tindakan susulan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >