Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid galak jemaah senam, sertai program gaya hidup sihat

Sejumlah 23 masjid laksana program 'Jaga Kesihatan, Jaga Ummah' kelolaan Lembaga Penggalakan Kesihatan sejak Ogos 2017
Jul 04, 2019 | 05:30 AM



LEMBAGA Penggalakan Kesihatan (HPB) telah berjaya menarik 4,500 jemaah dan penyertaan 23 masjid bagi program 'Jaga Kesihatan, Jaga Ummah' (JKJU) tahun lalu sejak ia diperkenalkan pada Ogos 2017.



Masjid An-Nur di Woodlands, merupakan salah sebuah masjid yang menyertai program JKJU sejak September 2018.



Dengan senaman mingguan yang diadakan di aras bumbung masjid itu, sekitar 30 anggota jemaah masjid yang penuh semangat mengambil bahagian, dengan niat ingin lebih sihat.



Bilangan warga Melayu di Singapura yang menghidapi penyakit kencing manis amat membimbangkan. Satu cara yang baik untuk mendekati masyarakat Melayu Singapura ialah menerusi masjid-masjidnya.



"Melalui program seperti ini, kami dapat mengeratkan lagi silaturrahim melalui kegiatan bersenam bersama jemaah yang lain. Kami cuba untuk sihat, di luar dan juga dalam," kata Cik Rusmah Lamri, 59 tahun, yang menyertai JKJU di Masjid An-Nur.



Setiap Jumaat, sekitar 5-6 petang, peserta program JKJU akan berkumpul untuk menyertai 'workout' ataupun senaman di mana mereka mengikuti pergerakan juru latih dengan disertakan lagu-lagu rancak.



"Ada peserta di sini yang tidak pernah menyertai 'workout' langsung, tetapi di sini, kami semua hampir sama umur dan sering memberi dorongan kepada satu sama yang lain. Gembiralah kami dapat bersenam bersama-sama," kata Cik Fauziah Maswari Abu, 60.



Dengan dendangan lagu rancak seperti 'Lagi Syantik' oleh Siti Badriah dan 'Versace On the Floor' oleh Bruno Mars, jemaah masjid An-Nur cukup bersemangat dan tidak berputus asa walaupun ada pergerakan yang mencabar.



"Kami berseronok kerana dengan cara ini, kami dapat kumpul beramai dan menjadi aktif bersama, daripada satu minggu terperap di rumah sahaja, lebih baiklah kami datang ke sini setiap hari Jumaat untuk bersenam.



"Kami anjurkan program seperti ini bersama dengan HPB kerana rasa yang warga emas kita sekarang kebanyakan kurang bersenam," kata Cik Rozita Hamzah, pekerja pentadbiran jabatan tenaga manusia Masjid An-Nur.



Usaha jemaah Masjid An-Nur untuk memastikan gaya hidup yang lebih sihat dapat perhatian daripada warga lain di daerah-daerah berdekatan.



"Kami sering uar-uarkan tentang sesi-sesi senaman kami dan kebaikan yang ada dan kerana itu, ada yang datang daripada daerah Sembawang dan Yishun untuk ikut serta," kata Cik Fauziah yang telah nampak perubahan pada dirinya sejak mengambil bahagian dalam program JKJU.



Apabila ditanya pandangan beliau tentang program-program seperti itu, Cik Fauziah berkata: "Selain daripada pemeriksaan bulanan di poliklinik dan nasihat pemakanan yang diberi, ia penting untuk bersenam, lagi-lagi pada umur seperti ini.



"Pelbagai manfaat yang diraih. Kami lebih aktif, lebih sihat dan pada masa yang sama, jemaah kami semakin rapat, bersatu hati untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan bersama."



Selain daripada Masjid An-Nur, ada masjid lain yang menyertai JKJU di merata Singapura, seperti masjid Masjid Al-Mawaddah, Masjid Maarof dan Masjid Al-Ansar.




"Kami berseronok kerana dengan cara ini, kami dapat kumpul beramai dan menjadi aktif bersama, daripada satu minggu terperap di rumah sahaja, lebih baiklah kami datang ke sini setiap hari Jumaat untuk bersenam. Pihak kami anjurkan program seperti ini bersama dengan HPB kerana rasa yang warga emas kita sekarang kebanyakan kurang bersenam."
Cik Rozita Hamzah, pegawai Masjid An-Nur




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >