Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid, gereja, kuil dan persatuan suku kaum anjur acara derma darah

Nov 10, 2019 | 06:31 PM



HANYA 1.8 peratus di kalangan penduduk Singapura menderma darah setiap tahun, menurut satu kajian oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) tahun lalu.



Menurut Palang Merah Singapura juga, jumlah penderma darah merosot sebanyak 600 orang setiap tahun ekoran penyakit berkaitan dengan umur.



Oleh itu, untuk meningkatkan bilangan penderma darah di Singapura, Gereja Heart of God, Masjid Khalid, Kuil Geylang United dan Persatuan Nanyang Leow-Sih telah menganjurkan acara derma darah hari ini (10 Nov).



Acara tersebut merupakan satu langkah tahunan dalam program ‘Cares’ oleh Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) sejak 2017, bertujuan menyatukan pihak berbilang agama dalam usaha menyelamatkan lebih banyak nyawa yang memerlukan bekalan darah itu.



Turut hadir sebagai tetamu terhormat di acara itu ialah Menteri Negara Kanan (Undang-Undang merangkap Kesihatan), Encik Edwin Tong.



Beliau berkata:



“Acara ini sangat bermakna kerana pertama, kami harus meningkatkan bekalan darah Singapura dan memupuk kesedaran (mengenai hal ini).



“Kedua, kita harus sedar bahawa jika acara seperti ini yang melibatkan kerjasama masyarakat giat dilaksanakan, ia dapat mengeratkan hubungan masyarakat.”



Tahun ini juga kali pertama persatuan suku kaum turut bekerjasama menganjurkan program ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >