Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Masjid giat persiap program santapan rohani jemaah

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



SEMAKIN Ramadan mendekat, semakin sibuk masjid serata Singapura mempersiap program khas sempena bulan mulia itu.



Namun memandangkan Singapura berada di Fasa Tiga pembukaan semula dengan keperluan langkah pengurusan selamat, program diadakan secara dalam talian atau dalam kededua bentuk fizikal dan dalam talian.



Pihak masjid juga mengalu-alukan peluang mengadakan program Ramadan yang dapat memberi manfaat kepada jemaah, selain terus memakmurkan masjid.



Ini setelah, pada tahun lalu, masjid setempat terpaksa meniadakan program Ramadan mereka dan ibadah lain seperti solat tarawih setelah seluruh negara diletakkan di bawah langkah pemutus litar.



Antara program yang diatur sebilangan masjid yang dihubungi Berita Harian (BH) termasuk pengagihan makanan berbuka puasa kepada golongan memerlukan, kuliah khas harian dan mingguan, dan kursus mendalami ibadah puasa dan pengajian Al-Quran.



Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata pada tahun lalu masjid terpaksa ditutup kerana Covid-19.



"Jadi tahun ini kami teruja menjadi tuan rumah kepada jemaah, secara selamat dan tenang.



"Kami mahu terima jemaah dengan hati dan tangan terbuka, namun tanpa mengetepikan langkah keselamatan Covid-19," ujarnya.



Masjid di Bukit Batok itu antara lain merancang mengagihkan makanan berbuka puasa kepada penerima zakat di kawasan berdekatan.



Ia juga bakal menerbitkan empat video secara mingguan di bawah program ARRTarawih Boosters mengenai amalan semasa Ramadan melalui hadis Rasulullah saw.



Masjid Al-Amin di Telok Blangah pula antara lain mengadakan kursus khas Ramadan setiap Sabtu yang membincangkan pelbagai isu utama.



Ia juga bakal mengadakan Kuliah Eksklusif Ramadan yang dikendalikan secara fizikal dan dalam talian, atau secara dalam talian sahaja.



Ketua pembelajaran agama Islam di masjid itu, Ustaz Md Syafiee Md Hassan, berkata:



"Kami mahu jadikan keadaan Ramadan kali ini lebih bermakna dan memberi kesan kepada jemaah, dan ini dicapai melalui kursus ilmu dan penghayatan agama.



"Kami juga akan tekankan mengenai pembelajaran Al-Quran dan mahu dekatkan jemaah dengan kitab suci ini agar Muslim hari ini antara lain dapat mengetahui cara bagaimana Muslim terdahulu melakukan puasa mereka yang mendapat keredaan Allah swt.



"Namun ini semua dilakukan melalui langkah pengurusan selamat kerana kita masih melalui tempoh Covid-19 yang mencabar dan mengharapkan jemaah dapat bekerjasama."



Beliau menambah, pihak masjid dengan rendah hati mengundang jemaah untuk memakmurkan masjid dan menyertai programnya.



Bagi Masjid Alkaff Kampung Melayu di Bedok Reservoir Road, ia akan mengadakan kuliah khas zuhur harian yang dikendalikan asatizah masjid itu selain kuliah zuhur setiap Sabtu oleh Ustaz Drs Ahmad Dahri.



Ia juga akan mengagihkan juadah berbuka puasa harian kepada penerima zakat masjid itu.



"Dalam keterbatasan ruang solat tarawih, pihak masjid akan tetap berusaha agar masyarakat terus disediakan dengan program Ramadan sebaik mungkin. Ini termasuk melalui wadah dalam talian atau maya.



"Di samping itu, kami berharap masyarakat akan terus menyokong usaha pihak masjid dalam pembelajaran Islam dan pembangunan sosial. Ini termasuk menyalurkan derma bagi dana peningkatan," kata naib pengerusi masjid, Encik Adnan Abdul Hamid.



Sementara itu, sempena Ramadan juga, pusat pendidikan Islam Andalus, akan mengadakan semua pengajian posmenengahnya secara dalam talian.



Simposium dan kuliah dalam talian itu diadakan pada Ahad sebelah pagi hingga awal petang selama beberapa minggu.



"Ini melibatkan pengajian peringkat pradiploma dan diploma yang sebahagian diadakan selepas waktu bertugas (lewat petang atau malam).



"Ini membolehkan pengajian diteruskan dan tidak terjejas dengan persiapan buka puasa dan ibadah solat malam (tarawih, witir) sepanjang malam Ramadan," ujar Pengarah Bahagian Pengurusan Andalus, Dr Abdullah Othman.




"Dalam keterbatasan ruang solat tarawih, pihak masjid akan tetap berusaha agar masyarakat terus disediakan dengan program Ramadan sebaik mungkin. Ini termasuk melalui wadah dalam talian atau maya."
- Naib pengerusi Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik Adnan Abdul Hamid.



"Kami mahu terima jemaah dengan hati dan tangan terbuka, namun tanpa mengetepikan langkah keselamatan Covid-19."
- Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan.



"Kami mahu jadikan keadaan Ramadan kali ini lebih bermakna dan memberi kesan kepada jemaah, dan ini dicapai melalui kursus ilmu dan penghayatan agama.



Kami juga akan tekankan mengenai pembelajaran Al-Quran dan mahu dekatkan jemaah dengan kitab suci ini..."
- Ketua pembelajaran agama Islam Masjid Al-Amin, Ustaz Md Syafiee Md Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >