Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Masjid Khadijah teruskan 'tradisi' nasi beriani amal demi kumpul dana

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



SUDAH hampir tiga dekad berlalu, tetapi inisiatif Masjid Khadijah untuk mengumpul dana menerusi projek penjualan nasi beriani amal terus giat dijalankan.



Malah, masjid yang terletak di Geylang Road itu berjaya mengutip $50,000, hasil daripada penjualan 500 set keluarga nasi beriani amal sahaja.



Terharu akan sokongan masyarakat yang menggalakkan, Pengerusi Masjid Khadijah, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata:



"Sampai sekarang, penjualan nasi beriani amal ini adalah satu usaha mencari dana yang penting bagi kami di Masjid Khadijah.



"Jadi kami mengharapkan dana yang dikumpulkan ini boleh sedikit sebanyak bantu menyelenggarakan masjid dan juga pembangunan yang sedang berjalan sekarang."



Menurutnya, usaha ini merupakan "tradisi" sejak 1995 yang dirintis ayahnya, Ustaz Ali Mohamed, yang sebelum ini merupakan pengerusi masjid itu.



Malah, resipi nasi beriani yang dijual dan dihidangkan kepada jemaah di masjid itu adalah daripada Ustaz Ali.



Esok, Masjid Khadjiah akan melibatkan sekitar 150 relawan, yang turut terdiri daripada pekerja Bangladesh, untuk sama-sama menyingsing lengan bagi menyiapkan 20 hingga 30 periuk nasi beriani bagi mereka yang telah membelinya, dan juga bagi jemaah yang hadir bagi majlis Maulud.



Menurut Ustaz Dr Mohamed, jumlah nasi beriani yang dihasilkan boleh beri makan kepada sekitar 6,200 orang.



Kini, Masjid Khadijah sedang menjalani kerja naik taraf dan meluaskan ruang yang melibatkan sebahagian daripada bangunan wakaf untuk dijadikan auditorium dan juga pusat sumber dan kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



Ustaz Dr Mohamed, yang juga pengerusi bersama RRG, berkata kerja-kerja itu memerlukan dana dalam $3 juta.



Beliau berkata orang ramai yang ingin menderma boleh melakukannya menerusi pelbagai cara, termasuk tabung masjid, cek mahupun PayNow.



Walaupun akur bahawa ekonomi kini sedang berdepan dengan inflasi, beliau memuji masyarakat Islam yang tetap bersikap murah hati.



"Alhamdulillah dalam keadaan gini, kami masih dapat sambutan baik kerana ramai ingin membantu membangunkan masjid.



"Masyarakat kita adalah masyarakat yang dermawan. Apabila ada sesuatu projek seperti pembangunan masjid, bantuan kemanusiaan, ataupun usaha-usaha baik, mereka akan selalu menghulurkan derma mengikut kadar kemampuan mereka.



"Semangat memberi atau semangat menderma ni masih belum hilang lagi. Kita masih dapat melihatnya dalam masyarakat kita dan ini satu petanda yang baik," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >