Masjid mesra keluarga Al-Islah dirasmi
Masjid di Punggol dibina dengan kos $16.5 juta, dapat tampung 4,000 jemaah
Jun 06, 2015 | 05:30 AM
MASJID baru di estet perumahan Punggol, Masjid Al-Islah, yang mesra keluarga dan golongan muda serta dikelilingi kehijauan dibuka secara rasmi sempena solat Jumaat semalam.
Masjid yang dibina dengan kos sekitar $16.5 juta berupaya menampung seramai 4,000 jemaah selepas menjalani pembinaan dari suku ketiga 2013.