Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid An-Nur adakah pemeriksaan kesihatan untuk warga tua

Jul 26, 2018 | 05:30 PM



 





DEMI menggalak warga tua bersikap lebih bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka, sebuah masjid menawarkan pemeriksaan kesihatan buat julung-julung kali.



Selama empat jam pada Rabu (25 Julai), Masjid An-Nur di Admiraly Road, menwarkan pemeriksaan kesihatan bersubsidi bagi penglihatan, pendengaran dan gigi,  yang disasarkan kepada warga berusia 60 tahun dan ke atas.



Idea bagi pemeriksaan itu diilhamkan oleh Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Choa Chu Kang dan GRC Marsiling.



Masjid itu telah bekerjasama dengan Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) untuk mengadakan pemeriksaan, yang membenarkan peserta mendapat hasil pemeriksaan pada hari yang sama.



Bercakap kepada wartawan, Cik Rusmah Lamri, yang menganggotai lembaga pengurusan masjid, berkata sekitar 100 orang telah menjalani pemeriksaan itu di separuh pertama sesi empat jam itu.



Kebanyakan peserta ini berusia 69 tahun dan ke atas, menurut Cik Rusmah.



“Kami ingin mendidik golongan tua (dalam ehwal kesihatan) dan mempertingkat mutu kehidupan kerana penduduk kita kian menua,” kata Cik Rusmah, yang menambah bahawa kebanyakan warga tua kurang sedar tentang peri penting menjalani pemeriksaan kesihatan tetap.



 Masjid itu juga mengadakan program kesihatan lain, seperti anti-merokok dan anti-dadah, serta kegiatan kecergasan.



Pemeriksaan kesihatan itu adalah percuma bagi generasi perintis, sementara pemilik kad Skim Pertolongan Kesihatan Masyarakat (Chas) membayar $2.



Penduduk lain dikenakan bayaran $5.



Peserta, Cik Sapiah Ahmad, dan suaminya, kededua berusia 64 tahun, berkata mereka terdorong menjalani pemeriksaan kerana ia murah dan diadakan berhampiran rumah mereka. Beliau sedang menanti keputusan ujian mata, semasa ditemui wartawan akhbar The Straits Times.



Cik Sapiah, seorang pesara, berkata beliau menjalani pemeriksaan kesihatan tetap di Hospital Tan Tock Seng kerana berpenyakit kencing manis.



Suaminya berada dalam keadaan kesihatan baik.



“Saya harus mengawal kencing manis, kerana saya takut saya menjadi buta,” kata Cik Sapiah, yang juga mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi, yang kini terkawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >