Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid pertama S'pura dibangun saudagar Arab lepas Raffles tiba

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



TIDAK lama selepas Sir Stamford Raffles menubuhkan pos perdagangan di Singapura pada 1819, seorang saudagar Arab muda bernama Syed Omar Ali Aljunied tiba di tanah air ini dengan hasrat memperluas perniagaannya di alam Melayu.



Beliau datang dari Palembang dan merupakan seorang pedagang dan dermawan terulung yang berasal dari Hadhramaut di Semenanjung Arab.



Namun, selain cita-citanya membina rangkaian perniagaan yang lebih luas, Syed Omar telah menyumbang usaha murni yang termaktub dalam sejarah Singapura sehingga hari ini - beliau telah mewakafkan tanah dan membangunkan masjid pertama di negara ini pada 1820.



Masjid Omar Kampong Melaka, yang terletak di Keng Cheow Street dekat Havelock Road, dibina sebagai surau kayu tanpa menara dalam sebuah kampung dikenali sebagai Kampong Melaka dekat sungai Singapura bagi memenuhi keperluan agama masyarakat dan pendatang Muslim baru dari rantau ini.



Bangunan masjid itu kemudian dibangun semula menjadi bangunan binaan batu oleh anaknya, Syed Abdullah Omar Aljunied, pada 1855.



Semalam, buku bertajuk The Reverent Journey: 1820-2020 and Beyond telah dilancarkan di Hab Islam Singapura sempena meraikan ulang tahun ke-200 Masjid Omar Kampong Melaka pada 2020. Pelancaran buku itu ditangguhkan selama dua tahun dek Covid-19.



Presiden Halimah Yacob hadir selaku tetamu terhormat di acara itu. Turut hadir ialah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang juga Anggota Parlimen GRC Jalan Besar; dan penasihat M Kuasa Tiga (M3)@Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Buku 268 halaman itu mengisahkan tentang perjalanan Allahyarham Syed Omar dan pembangunan Masjid Omar Kampong Melaka melalui perkongsian keluarga pengasas masjid itu, keluarga Arab lain, jemaah masjid, perancang bandar dan pakar warisan.



Masjid itu ditetapkan sebagai tapak bersejarah oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 2001.



Berucap di acara itu, pengerusi masjid tersebut, Ustaz Muhd Hafiz Rashid, berkata meskipun banyak kampung lama, termasuk Kampong Melaka, telah hilang untuk memberi laluan kepada pembangunan baru yang diperlukan, Masjid Omar Kampong Melaka tetap kekal di tempat asalnya sehingga hari ini.



"Sememangnya, pengiktirafan rasminya sebagai tapak warisan mencerminkan peranan pentingnya dalam sejarah Singapura. Ini sesuatu yang kita rasa bersyukur," kata beliau.



Sharifah Zahra Syed Junied Aljunied, yang hadir di acara itu, berkata buku itu amat berharga bagi dirinya kerana bukan hanya beliau keluarga keturunan keenam Syed Omar, malah kerana ia berkongsi tentang sejarah orang Arab di Singapura yang memberi banyak sumbangan.



Sebagai sebahagian usaha menghidupkan warisan masjid itu, beliau selaku ahli jawatankuasa Masjid Omar Kampong Melaka mengadakan beberapa kegiatan setiap tahun.



"Antara rancangan yang selalu kita adakan setiap tahun, seperti dalam Ramadan, kami mengadakan haul, ataupun kenduri, untuk memperingati Syed Omar, di mana semua keluarga akan datang dan kita membaca sepertimana amalan yang dilakukan di Hadhramaut.



"Saya juga cuba menggalak masyarakat membuat lawatan ke masjid dan saya akan berkongsi tentang sejarah Syed Omar kerana di tepi masjid sendiri ada perkuburan Syed Omar," kata beliau, yang merupakan editor dan penyumbang kepada buku itu.



Berkongsi antara fakta menarik masjid itu, anggota lembaga pengurusan masjid, Encik Muhammad Yusuf Ali, berkata masjid itu masih memelihara dan menyimpan wasiat tulisan Allahyarham Syed Omar sendiri.



"Allahyarham Syed Omar dalam wasiat itu, antara lain, telah menulis bahawa beliau telah mewakafkan tanah untuk masjid dan juga memberikan beberapa nasihat untuk generasi masa depan… seperti bagaimana kita harus terus mendekati masyarakat melalui kegiatan Islam," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >