KORONAVIRUS
Masjid pertingkat kebersihan demi keselamatan jemaah
Usaha termasuk pembersihan lebih kerap, sediakan sanitiser dan pelitup serta poster ingatkan jemaah tentang cuci tangan
Feb 15, 2020 | 05:30 AM
AKIBAT penularan virus korona Covid-19, kakitangan barisan depan banyak pertubuhan menggembeling tenaga untuk mempertingkat kebersihan demi menjaga kesihatan dan keselamatan warga Singapura.
Selain di sekolah, pejabat dan hospital, inisiatif itu dapat dilihat di masjid-masjid.