Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDUTAN UCAPAN NAIB PENGERUSI RRG, USTAZ DR MOHAMED ALI

Masjid, RRG boleh jangka jalinan lebih erat

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



TAHUN lalu, Masjid Khadijah menyambut ulang tahunnya ke-100.



Dalam 100 tahun kewujudannya, Masjid Khadijah, seperti banyak institusi keagamaan dan tempat ibadah lain di Singapura, telah menyaksikan keamanan dan harmoni yang disemai sepanjang sejarah Singapura mengalami tempoh cabaran yang sukar.



Dua dekad lalu, apabila rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) terbongkar, Masjid Khadijah membuka pintunya untuk menerima dan menyokong tugas Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



Kini, masjid ini menempatkan Pusat Sumber dan Kaunseling (RCC) RRG. RCC telah menarik pengunjung daripada sekolah-sekolah dan madrasah setempat.



Ia juga telah menjadi tuan rumah kepada orang kenamaan dari luar negara.



RCC dilancarkan pada 2014 dan sejak itu telah menjadi langkah signifikan dalam usaha RRG mengatasi ancaman ekstremis yang kian berubah.



Hari ini, Masjid Khadijah melalui satu lagi detik penting dalam sejarahnya dan sejarah RRG, iaitu pelancaran rancangan penambahbaikan Masjid Khadijah dan pengembangan RCC. Ada beberapa sebab bagi penambahbaikan dan pembangunan ini.



Pertama, bilangan pengunjung ke RCC telah meningkat secara signifikan. Kedua, aktiviti menentang radikalisasi yang kian rencam dalam masyarakat bererti ada keperluan menambah ruang fizikal RCC sedia ada.



Ketiga, penambahbaikan dan penaiktarafan kemudahan ini diperlukan bagi menyampaikan pengalaman lebih baik dan efektif bagi pengunjung dan masyarakat.



Sejak 2002, Masjid Khadijah dan RRG telah menikmati hubungan unik yang saling bermanfaat dengan cara penuh bermakna.



Kita boleh menyamakan hubungan ini seperti antara bunga dan lebah. Masjid, seperti bunga telah menyuburkan RRG sejak penubuhannya.



Dengan berkongsi sumber sukarelawan, pengurusan dan kemudahan sedia adanya, ia telah memastikan RRG dapat terus mekar dalam tahun-tahun awalnya.



Apabila RRG berkembang dan semakin dikenali ramai, ia menjadi seperti lebah yang mampu terbang ke merata tempat.



Dengan kebolehannya yang meluas, ia membawa bersamanya nama baik Masjid Khadijah bukan di peringkat setempat sahaja, malah global.



Bahkan, pengunjung yang telah datang ke RRG untuk belajar daripadanya juga telah mengunjungi Masjid Khadijah, menaikkan lagi taraf dan statusnya pada mata masyarakat.



Semestinya, dengan adanya RRG, ia membantu memastikan pengekalan masjid kecil ini di bahagian timur Singapura.



Kini, sedang rancangan penambahbaikan dijalankan, Masjid Khadijah dan RRG boleh menantikan hubungan lebih erat yang tidak hanya terbatas pada perkongsian infrastruktur, malah berkongsi rasa bangga dan kesyukuran yang mendalam.



Adalah wajar bagi kami mengucapkan terima kasih kepada rakan kerja rapat kami, seperti Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Warees, Berita Harian dan lain-lain, atas sokongan, tunjuk ajar dan persahabatan yang terjalin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >