SEBAGAI sebuah institusi terpenting dalam kehidupan keagamaan masyarakat Islam Singapura, masjid turut memainkan peranan utama - menyokong pembangunan sosial masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.
Dengan adanya 69 masjid - dua lagi bakal siap tidak lama lagi - masjid membentuk rangkaian yang sesuai, bukan sahaja menawarkan ruang ibadah, malah menyediakan khidmat bantuan yang diperlukan.