Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid setempat akan terus tingkat persediaan kecemasan

Pemimpin masjid boleh pastikan ruang ibadah kekal selamat: Ketua Eksekutif Muis
Jan 31, 2021 | 05:30 AM



MASJID-MASJID akan terus meningkatkan persediaannya bagi menghadapi sebarang kejadian kecemasan agar dapat memberikan respons yang pantas apabila terdapat sebarang keperluan.



Pada masa yang sama, masjid perlu memainkan peranan penting dalam memastikan ruang ibadah ini kekal selamat buat semua jemaah dan anggota masyarakat yang mengunjunginya.



Menekankan demikian ketika berucap di sesi pelantikan kepimpinan Kelompok Masjid Selatan di Masjid Abdul Gafoor semalam, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, menggalakkan pemimpin masjid agar mempererat usaha bekerjasama dengan rakan kerjasama masing-masing untuk berbakti kepada masyarakat.



Beliau menambah masjid akan terus menekankan kepentingan Persediaan Kecemasan (EP) bagi membolehkan respons tangkas lagi berkesan apabila timbul sebarang keperluan.



"Sebagai pemimpin masjid, anda memainkan peranan penting dalam menjamin jemaah kita bahawa masjid-masjid kita terus menjadi tempat suci yang selamat untuk anak-anak, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan jiran kita," kata Encik Esa.



"Melangkah ke hadapan, kita akan terus mengukuhkan dan memberi penekanan terhadap memperteguh keupayaan EP kami untuk memastikan kami bersedia."



Beliau berkata demikian setelah masyarakat digemparkan dengan berita dua masjid di sini iaitu Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak menjadi sasaran serangan bagi seorang remaja berusia 16 tahun. Mujur rancangan remaja lelaki berbangsa India dan beragama Kristian Protestan itu dikesan awal oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



Menurut Encik Esa, masjid di Singapura sudah membangunkan keupayaan EP sejak 2017.



Di bawah program itu, pihak masjid telah membina rancangan EP, membentuk Pasukan Tindakan Kecemasan Masyarakat (CERT) serta mengendalikan latihan EP seperti sesi perbincangan mengenai tempoh kecemasan atau table-top exercises serta latihan kecemasan.



Masjid-masjid juga, jelas Encik Esa, dilengkapi Sistem Bersepadu Mengesan Ancaman Daripada Orang (Topsis) bagi membolehkannya mengesan ancaman di bawah Rangka Kerja SG Secure.



Malah, persediaan itu telah membolehkan masjid-masjid bertindak dengan cekap dalam melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat sewaktu pembukaan semula secara beransur-ansur masjid pada Fasa Kedua dan Ketiga.



Encik Esa juga menambah selain persediaan fizikal dan sistem, hubungan rapat yang dibina antara masjid dengan masyarakat terbukti penting dalam mengekang sebarang ancaman pada fabrik sosial negara ini.



Justeru, pemimpin, kakitangan dan sukarelawan masjid memainkan peranan penting sebagai titik hubungan dalam memastikan masjid terus menjadi "jiwa" masyarakat.



"Masjid kita adalah institusi penting. Ia adalah 'jiwa' masyarakat kita," tambah Encik Esa.



"Meskipun kita membina masjid baru atau menaik taraf masjid yang ada untuk mempertingkatkannya secara fizikal, sebenarnya pemimpin, kakitangan dan sukarelawan masjid yang akan membentuk masjid kita menjadikannya titik hubungan transformasi bagi masyarakat kita."



Pada sesi pelantikan semalam, yang diadakan di Masjid Abdul Gafoor yang baru diberi wajah baru, seramai 39 sukarelawan dari tiga masjid - Masjid Abdul Gafoor, Masjid Bencoolen dan Masjid Al-Abrar - menerima surat pelantikan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengurusan Masjid.



Akibat sekatan Covid-19, sesi pelantikan diadakan dalam kumpulan kecil, dengan empat lagi sesi sedemikian akan diadakan untuk Kelompok Masjid Selatan.



Secara keseluruhannya, seramai 217 relawan dari 19 masjid di bawah Kelompok Masjid Selatan menerima surat pelantikan mereka untuk berkhidmat sebagai ahli lembaga selama tempoh tiga tahun.



Pelantikan itu adalah sebahagian proses pembaharuan kepimpinan dan mencerminkan semangat sukarelawan yang diperbaharui dalam kalangan masyarakat Muslim Singapura.




"Masjid kita adalah institusi penting. Ia adalah 'jiwa' masyarakat kita... Meskipun kita membina masjid baru atau menaik taraf masjid yang ada untuk mempertingkatkannya secara fizikal, sebenarnya pemimpin, kakitangan dan sukarelawan masjid yang akan membentuk masjid kita menjadikannya titik hubungan transformasi bagi masyarakat kita."
- Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, semasa berucap di sesi pelantikan kepimpinan Kelompok Masjid Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >