Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid siap sedia terima lebih ramai jemaah kembali ke masjid

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



Masjid telah melaksanakan jarak selamat satu meter di antara jemaah dan zon solat untuk 50 hingga 100 jemaah dalam satu zon, sejak sekitar dua tahun lalu bagi membendung penularan Covid-19.



Pemerintah sebelum ini mengumumkan yang langkah pengurusan selamat akan diperkemas secara berperingkat mulai 25 Februari dan 4 Mac untuk memudahkan semua orang memahami dan mematuhinya.



Namun rancangan itu ditunda berikutan lonjakan kes harian dan "kerja-kerja meluas" yang terlibat dalam melaksanakan peraturan terperinci bagi pelbagai situasi dan keadaan.



Bagaimanapun, memandangkan gelombang Omicron berkemungkinan besar sudah mencapai kemuncaknya, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 Jumaat lalu mengumumkan yang Singapura akan memperkemas langkah pengurusan selamat mulai hari ini.



Langkah yang diperkemas dan dipermudahkan merangkumi lima bidang - jumlah orang yang boleh berkumpul; pemakaian pelitup muka; peraturan di tempat kerja; jarak selamat dan had kapasiti acara.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen menerusi satu catatan Facebook berkata pihak masjid bersiap sedia untuk menerima lebih ramai jemaah kembali ke masjid.



"Kami amat mengalu-alukan berita tentang pelaksanaan penyelarasan langkah pengurusan selamat di tempat ibadat.



"Alhamdulillah, kadar jangkitan masyarakat perlahan-lahan stabil, walaupun institusi penjagaan kesihatan kita terus menyokong negara," katanya.



Encik Kadir berkata masjid turut menghadapi ketegangan setiap hari kerana relawan juga dicabar oleh jangkitan Covid-19.



"Ini berlaku ketika keluarga juga sedang menguruskan aktiviti anak-anak mereka dengan selamat semasa cuti sekolah," katanya yang memohon sokongan dan doa anggota masyarakat bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor masjid, lebih-lebih lagi dengan Ramadan yang bakal tiba.



Kementerian Kesihatan (MOH) di laman webnya berkata hingga 1,000 jemaah, yang semuanya sudah divaksin penuh, boleh menyertai khidmat ibadah dan jemaah.



Masjid-masjid di Singapura telah mula melaksanakan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) bagi semua khidmat ibadah berjemaah sejak 1 Februari lalu.



Ini bermakna hanya jemaah yang sudah divaksinasi penuh boleh menyertai ibadah berjemaah, sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat berjemaah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >