MASJID Sultan akan berwajah baru menjelang 2015, menyusuli satu projek peningkatan yang dijangka menelan kos $4.37 juta.
Antara lain, bangunan masjid itu akan dicat, dua lif dipasang, serta tempat mengambil wuduk lelaki dan auditorium dipertingkat dalam projek peningkatan terbesar masjid itu sejak 1993.