Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Sultan disinari cahaya Ramadan

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



MASJID Sultan akan disinari sepanjang Ramadan ini dalam satu pertunjukan pancaran cahaya yang boleh dinikmati orang ramai.



Pertunjukan cahaya itu bertemakan 'Ramadan' dan 'Taman Syurga' dan merupakan sebahagian daripada kempen Cinta Cahaya Ramadan tahun ini.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), pengarah kreatif DOUBLEVSTUDIOS, Encik Burhan Jumadi, berkata pasukannya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk membuat kerja arahan, prareka bentuk dan animasi.



Bagi tema Ramadan, pertunjukan itu menggunakan muzik, corak dan permainan cahaya untuk melambangkan aspek bulan ini seperti waktu bersahur dan berbuka puasa.



Terdapat juga air terjun yang dipamerkan dalam cara simbolik untuk melambangkan perbuatan berwuduk.



Paparan bertema Taman Syurga pula akan membawa penonton ke dalam kisah ajaib yang dihiasi oleh bunga dan rama-rama.



Terdapat juga beberapa motif Islam yang turut ditampilkan dalam persembahan tersebut.



"Kita telah menjalani tempoh sukar meraikan musim perayaan dalam pandemik dan kami mahu menaikkan semangat bersatu hati dengan membawa orang ramai agar datang untuk melihat dan memahami budaya kita," ujar Encik Burhan.



Jurucakap Persatuan One Kampong Gelam (OKG) berkata dua penyalaan akan diadakan setiap malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >