Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Sultan ditutup dua hari bagi kerja pembersihan

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



MASJID Sultan ditutup bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman semalam dan hari ini setelah seorang individu yang mengunjungi masjid itu disahkan positif Covid-19.



Masjid itu akan dibuka semula esok pada waktu subuh, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi Facebook semalam.



"Muis telah dimaklumkan bahawa seorang individu yang mengunjungi Masjid Sultan telah disahkan positif Covid-19," kata Muis.



Ia berkata masjid itu ditutup semalam mulai 6 petang.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah mengunjungi masjid baru-baru ini dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka, dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat," kata Muis.



Bulan lalu, Masjid Yusof Ishak ditutup satu hari bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah seorang individu yang mengunjunginya disahkan positif Covid-19.



Semua tempahan untuk solat berjemaah di masjid itu dibatalkan secara automatik.



Julai lalu pula, Masjid Sultan ditutup sehari dan semua tempahan solat jemaah semasa tempoh penutupan dibatalkan.



Tiada pembatalan tempahan solat jemaah dibuat bagi penutupan Masjid Sultan kali ini, memandangkan tempahan tidak lagi diperlukan untuk mendirikan solat jemaah harian di masjid sejak awal bulan ini.



Individu yang divaksin sepenuhnya boleh mendirikan solat di 53 masjid yang menawarkan beberapa zon solat.



Jemaah yang tidak divaksin sepenuhnya yang ingin mendirikan solat di masjid-masjid itu perlu menjalani ujian pra-acara (PET) dan menghasilkan keputusan ujian Covid-19 yang negatif.



Sebagai alternatif, terdapat 13 masjid yang mempunyai satu zon yang tidak memerlukan PET.



Buat masa ini, solat Jumaat masih memerlukan tempahan.




"Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah mengunjungi masjid baru-baru ini dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka, dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat."
- Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >