MASJID Sultan tidak lagi mengadakan lawatan ke masjid itu, yang biasanya disertai pelancong, antara langkah yang diambilnya un untuk mengurangkan risiko penularan koronavirus novel 2019 (2019-nCov).
Pemberhentian itu adalah sementara dan pihak masjid akan mengadakan lawatan semula apabila risiko penularan berubah, kata pengurus operasinya, Encik Zainal Abidin Omar, semasa dihubungi Berita Harian.