MASJID Sultan menyasarkan untuk memulakan inisiatif menyediakan tempat tidur sementara kepada golongan gelandangan atau yang tidur di jalanan, bermula awal tahun depan.
Sebelum ini, daya usaha yang merupakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) itu dirancang untuk dimulakan pada suku keempat 2019.