NADI masyarakat Melayu-Islam Singapura, terumatanya bagi penduduk di sekitar kawasan Kampong Glam.
Itulah yang diungkapkan Pengerusi Masjid Sultan, Encik Mohamed Salleh Patail, tatkala beliau menggambarkan Masjid Sultan.
Apakan tidak, ikon Kampong Glam ini acap kali menjadi sebutan di kalangan warga tempatan mahupun pelancong dari luar negara.
"Kalau ke Kampong Glam, Masjid Sultan pasti ada dalam ingatan," ujarnya, yang juga telah menjadi ahli lembaga amanah masjid itu sejak 1985.
Masjid yang terletak di 3 Muscat Street itu telah ditubuhkan pada 1824 oleh Sultan Hussein Shah yang meminta untuk sebuah masjid dibina berdekatan istananya di Kampong Glam, berdasarkan rujukan Infopedia Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
Namun, pada 1924, struktur asal masjid itu dirobohkan.
Empat tahun kemudian, ia dibangunkan semula di tapak yang sama dan struktur baru itu kekal berdiri seperti yang dilihat ramai pada masa kini.
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu
Sebagai satu langkah proaktif untuk mempromosikan kelestarian dan kreativiti, Marina Square bergabung dengan Peace of Art, sebuah badan bukan meraih untung tempatan yang menyokong kanak-kanak
Dengan cuaca panas dan indeks ultraungu (UV) yang meningkat pada akhir Mac, dan dijangka berterusan sepanjang April dan Mei, para doktor dan pakar menasihatkan orang ramai supaya memakai tidak hanya
Seorang kenalan dari Indonesia memberitahu beliau kagum dengan masyarakat Islam di Singapura yang meraikan Hari Raya dengan kunjung-mengunjungi satu keluarga dengan lain selama sebulan lamanya.
Di

Masjid Sultan yang dianggap sebagai masjid kebangsaan Singapura juga telah dipilih sebagai monumen kebangsaan pada 1975.
Lebih daripada sekadar sebuah tempat beribadah, ia juga memegang kepentingan yang besar bagi masyarakat Melayu-Islam setempat.
Pada tahun 50-an, Kampong Glam merupakan pelabuhan bagi jemaah haji di Nusantara sebelum mereka berangkat ke Makkah.
"Dahulu, ada yang panggil Kampong Glam sebagai 'Kampong Haji'. Jemaah haji akan datang ke Masjid Sultan untuk mengadakan doa selamat dan menunaikan solat sebelum belayar di pelabuhan," kongsinya.
Dari Nusantara, masjid itu kini memaling peranan, mengorak langkah sebagai sebuah pusat untuk mendekati masyarakat sejagat melalui pendidikan Islam.
"Sekarang, masjid ini bukan hanya diterima oleh masyarakat Islam malah ia juga diterima oleh pelawat dan pelancong berbilang bangsa dari seluruh dunia untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat," kata Encik Haji Mohamed Salleh, yang berusia 68 tahun.
Biarpun kewujudannya boleh dijejaki sejak hampir 200 tahun yang lalu namun 'nadi' ini masih lagi 'bernyawa', kekal relevan dengan generasi semasa.
Kata Encik Mohamed Salleh, kemudahan di Masjid Sultan kini lebih mesra warga tua dengan adanya lif sejak ia dinaiktaraf pada 2016.
Kelas-kelas agama yang dijalankan di masjid tersebut turut merapatkan jurang di kalangan hadirin dua generasi berbeza itu untuk datang ke masjid.
"Sekarang, lebih banyak warga muda dan juga bangsa lain yang memeluk agama Islam yang datang ke sini.
"Tiada seorang Muslim di Singapura yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Masjid Sultan walaupun hanya sekali dalam hidup mereka," tambahnya yang menaruh harapan agar masjid ikonik setempat itu dapat kekal abadi untuk generasi akan datang.